SJ-12-0271 : hukum tabir antara lelaki dengan perempuan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0271 : hukum tabir antara lelaki dengan perempuan

salam..nak tnaya apakah hukum tabir antara lelaki dengan perempuan?tq

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0271 : hukum tabir antara lelaki dengan perempuan

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Hukum tabir antara lelaki dan perempuan adalah berdasarkan kepada ayat al-Quran , surah al-Ahzab : 53 :

æóÅöÐóÇ ÓóÃóáúÊõãõæåõäøó ãóÊóÇÚðÇ ÝóÇÓúÃóáõæåõäøó ãöä æóÑóÇÁ ÍöÌóÇÈò Ðóáößõãú ÃóØúåóÑõ áöÞõáõæÈößõãú æóÞõáõæÈöåöäøó

“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.”

Asas kepada permasalahan ini ialah berkait rapat dengan hukum ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Maka tabir adalah diperlukan untuk membentuk satu ruangan khas bagi golongan wanita ketika bersolat, lebih-lebih lagi dalam keadaan saf lelaki dan perempuan yang terlalu dekat antara satu sama lain yang mana tabir tersebut boleh menjadi pemisah antara dua golongan serta berupaya mencegah daripada timbulnya segala macam fitnah dan perkara buruk yang mungkin akan berlaku walaupun ketika masing-masing datang ke masjid dengan niat dan tujuan untuk beribadah kepada Allah swt.

WA

Ruj :

Al-Ajwibah al-Nafi’ah ‘an al-Masail al-Waqi’ah , As-Syaikh Dr. Abd Rahman Abd Wahab.

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com