SJ-12-0303 : aurat - perbezaan pendapat ke? (urgent...)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0303 : aurat - perbezaan pendapat ke? (urgent...)

:salam

dlm jwpn yg diberikan oleh ustaz al-jawhar di SJ-12-0295 - aurat dgn bkn muslim, beliau telah menyatakan bahawa aurat antara wanita adalah antara pusat dan lutut.

ttp dlm jawapan yg diberikan oleh ustaz Abu_Umair di SJ-12-0302 - anggota yg biasa zahir adakah aurat, beliat telah menyatakan bhw adalah tidak benar aurat sesama wanita adalah antara pusat dan lutut.

kelihatan spt ada perselisihan di sini. harap ada penjelasan lanjut utk mengelakkan kekeliruan.

jkk...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0303 : aurat - perbezaan pendapat ke? (urgent...)

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Walaupun dilihat antara jawapan Abu Umair dan jawapan Syeikh al-jawhar adalah berbeza, tetapi natijahnya adalah sama. Penjelasannya seperti berikut:

Ulama yang mengatakan aurat wanita dengan wanita ialah antara pusat dan lutut, juga mengatakan wajib menutut bahagian yang tidak menerima perhiasan, kerana ayat 31 surah Al-Nuur. Cuma mereka mengatakan, anggota-anggota seperti perut, dada, belakang, bukannya aurat, tetapi WAJIB ditutup sebagai pakaian muslimah.

Kata Syeikh Uthaimin: "Walaupun kita mengatakan auratnya ialah antara pusat dan lutut, tetapi bukan bermakna wanita boleh memakai seluar sahaja sehingga menampakkan dadanya. Tidak ada seorang pun berkata demikian. Siapa berkata demikian, maka dia SESAT".
(Liqaat Al-Bab al-Maftuh, Syeikh Uthaimin).

Inilah yang dimaksudkan oleh Ustaz al-jawhar, bahawa aurat wanita dengan wanita ialah antara pusat dan lutut. Natijahnya sama dengan pendapat yang mengatakan anggota-anggota itu juga adalah aurat.

Maka khilaf di sini -Wallahu A'lam- adalah lafziy (berbentuk lafaz).