Minta penjelasan mengenai had-had aurat lelaki beserta dalil....
i) Aurat lelaki di luar solat
ii)Aurat lelaki sesama lelaki
iii)Aurat lelaki bersama wanita mahram
iv) Aurat lelaki besama wanita ajnabiyyah
Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Aurat lelaki diluar solat sama sahaja baik bersama lelaki atau wanita. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Khilaf ulama samada lutut dan pusat adalah aurat atau tidak [al-Majmu’, 3/173; al-Mughni, 2/286].
Berikut adalah diantara dalilnya :-
Dari riwayat Jawhad al-Aslami, bahawa Nabi :saw :
مَرَّ بِهِ وَهُوَ كَاشِفٌ عَنْ فَخِذِهِ ، فَقَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ ؟
"melalui beliau apabila kelihatan pehanya terdedah dan baginda bersabda : Apakah kamu tidak tahu bahawa peha adalah aurah?" [Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmudzi].
Ali ra. berkata : Nabi :saw bersabda :-
لا تُبْرِزْ فَخِذَكَ ، وَلا تَنْظُرَنَّ إِلَى فَخِذِ حَيٍّ وَلا مَيِّتٍ
"Jangan dedahkan peha kamu, jangan melihat kepada peha seseorang samada yang hidup atau mati" [Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibn Maajah.
Jumhur fuqaha' berpendapat bahawa hadith-hadith ini hendaklah diikuti dan ia menyatakan bahawa aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut [al-Mughni, 2/284]. WA.
wa'alaikumussalam

Sekian, wassalam
خيرالأمين