jika perselisihan itu bukan rhmat,jadi bagaima kah kita nak kurangkan jurang perbezaan tersebut...??.......bagaiman poula denganperkataan umar abd aziz ini..........tolong menolong dlm apa yg kita sepakati dan berlapang dada pada apa yg diperselisihkan"?
ok kes seterusnya pula ialah kita tengok berlakunya satu perselisihan pendapat yg hebt dalam isu bidaaah....kalau masuk mana2 forum ke,baca buku2 je pasti terdapat perbezaan yg banyk dkalangan mereka...?adakah mungkin isu ini boleh dselesaikan...?boleh dkurangkan..?...bagaimana umat ini nak mencari titik2 persamaan....?
isu BIDAAAH.........bila akan berakhir......??tak akan berakhirkah ia..?
tambahan pula
Allah juga menyebut perbezaan tetap akan wujud:
æóáóæú ÔóÇÁó ÑóÈøõßó áóÌóÚóáó ÇáäøóÇÓó ÃõãøóÉð æóÇÍöÏóÉð æóáóÇ íóÒóÇáõæäó ãõÎúÊóáöÝöíäó
ÅöáøóÇ ãóäú ÑóÍöãó ÑóÈøõßó æóáöÐóáößó ÎóáóÞóåõãú æóÊóãøóÊú ßóáöãóÉõ ÑóÈøößó áóÃóãúáóÃóäøó Ìóåóäøóãó ãöäó ÇáúÌöäøóÉö æóÇáäøóÇÓö ÃóÌúãóÚöíäó
"Jikalau tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yg satu ttp mereka senantiasa berselisih pendapat kecuali orang2 yg diberi rahmat oleh tuhanmu. Dan utk itulah Allah menciptakan mereka." (Surah hud: ayat 118-119)
minta komentar supaya lebih jelas...
:salam
itu bukan perkataan Umar abdul Aziz tetapi merupakan perkataan Imam Rashid Ridha. Kmdn dipopularkan oleh Imam As-syahid hassan albanna. ttp kaedah ini dicela oleh mereka yg taasub.
Imam al-awza'ie ketika ditanyakan tentang masalah seseorang mencium isterinya, ia berkata: "jika ia datang bertanya kpdku, aku akan katakan kpdnya: hendaklah ia berwudhu'. Namun jika ia tidak berwudhu' aku pun tidak akan mencelanya." (tartib altamhid 3/345, dinukilkan dari adabul ikhtilaf, said bin abdil qadir)
Cara utk menangani masalah ini, alqaradhawi menyarankan bahawa setiap pendapat yg bertentangan dgn pendapat kita, memiliki kemungkinan mengandungi kebenaran sbgmana pendapat kita mungkin mengandungi kesalahan.
Kata2 imam as-syafie yg mashyur:
"pendapatku benar, namun berkemungkinan salah. dan pendapat orang lain salah namun memiliki kemungkinan benar."
mungkin ada orang berkata, "pendapat kami benar kerana disandarkan kpd alquran dan alhadith." Benar, anda telah menyandarkan kpd nas yg maksum dan diwahyukan. akan tetapi pemahaman anda terhadap tidak nas itu tidak dapat dianggap sbg wahy atau dianggap maksum. Kerana boleh terjadi dlm menyimpulkan nas itu, anda hanya memfokuskan pada zahir nas dan tidak melihat ke dlm pokok permasalahan atau maksud yg terkandung dlm nash itu. Peristiwa sebegini kita dapat lihat dlm peristiwa solat asar di perkampungan bani quraizah.
Namun demikian, kebenaran hanya satu. walaupun yg berbeza pendapat mungkin salah, keduanya diiktiraf oleh Allah s.w.t dan diganjarkan pahala spt mana yg disebut ALlah dan rasulNya:
Firman Allah S.W.T:
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka. Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu." (surah al-anbiyaa': ayat 78-79)
Dari AMr bin Al-ash bahawa rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila hakim mengambil keputusan hukum, kemudian ia berijtihad dan benar, maka ia mendapat 2 pahala. dan apabila hakim itu berijtihad dan kmdn salah, maka ia mendapat satu pahala." (hadith muttafaq `alaih)
:aklam
http://www.zayed.com
3. Kata-kata Umar bin Abdul Aziz ra
Amir alMukminin Umar bin Abdul Aziz atau Umar atThani (Umar alKhattab II) adalah dianggap salah seorang Mujaddid Islam (Maulana Maudoodi).
Kata-katanya ialah:
" Aku tidak senang jika para sahabat RasuluLlah saw tidak berselisih pendapat. Seandainya mereka tidak berselisih pendapat, niscaya tidak ada rukhsah (keringanan) bagi kita."
[alMunawi, Faidhul Qadir: 1/209 dari alBaihaqee)
Maksudnya perselisihan para sahabat dalam masalah2 ijtihadiah atau furu'iyah membentuk 'sunnah alikhtilaf' atau manhaj berbeda pendapat dalam Islam (sudah kita huraikan sebelum ini)
4. Kata-kata Imam Rashid Ridha
Kata-kata itu ialah:
'Nata'awanu fiima ittifaqna 'alayh waya'dzir ba'dhuna ba'dhan fiima ikhtilafna fiihi."
terjemah: ' kita hendaklah bekerjasama dalam perkara yg disepakati bersama dan saling bertoleransi sesama kita dlm perkara yang masih diperselisihkan sesama kita."
Kata-kata Imam Ridha ini kemudian didengungkan oleh muridnya Imam Hasan alBanna dari Pergerakan Islam terbesar Dunia, Ikhwan Muslimoon hingga generasi kemudian menganggap ia sudah sebati dgn Ust Hasan.
Maksud dari kata-kata ini ialah kita boleh bersatu antara sesama kumpulan dan firqah atau aliran demi menegakkan atau berdepan dgn kepentingan bersama dan diketepikan perselisihan buat sementara waktu.
cth: Dalam usaha membebaskan watan Islam dari cengkaman penjajahan, maka semua pihak dari pelbagai puak yg bertelagah hendaklah bersatu kerana berdepan dgn musuh yg jelas bahayanya, penjajah.
5. Perselisihan dalam masalah Bid'ah
Apabila disebut bid'ah, maka ia suatu istilah ygn sensitif. Kekadang ada yg bid'ah, tapi dianggap khilafiah bagi sesetangah golongan. Ada pulak bid'ah yg berat (merosakkan akidah dan menjurus ke neraka) dan ada bid'ah yg ringan (tidak merosakkan agama)
Imam alAlbani berkata ubatnya ialah tasyfiyah dan tarbiyah (rawatan dan pendidikan berterusan)
Maka isu yg alhakim timbulkan ini sebenarnya dua:
Isu Ikhtilaf yg jatuh dalam Fiqh Ikhtilaf atau Khilafiyah kerana impak dari hasil ijtihadiah para Imam. Ubatnya ialah dikurangkan budaya taqlid dan ditingkatkan ittiba' (mengetahui sandaran para Imam)
Isu Bid'ah vs Sunnah yg berlaku kerana ummat tidak terdedah kepada sunnah. Ubatnya: Tarbiyah dan tasyfiyah, diperbanyakkan sibaran dan kuliah hadis atau sunnah dalam masyarakat, spt kuliah tafsir sahih Bukhari dan sahih Muslim.
sekian
thtl