SJ-13-0079: Kitab Jauhar Mauhub 1001 macam pendustaan!!

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0079: Kitab Jauhar Mauhub 1001 macam pendustaan!!

Assalamualaikum

Moga kita dirahmati Allah SWT.

Saya ingin bertanya, benarkah kitab Jauhar Mauhub mengandungi 1001 macam pendustaan? Seperti kata saudara Zain y.s dalam artikel 'Perkhabaran Dusta: Tahun 2005 yang gempar, bhg. 1' di laman http://mukmin.info/blog2/?item=perkhabaran-dusta-tahun-2005-yang-gempar-bhg-2

Sebab ada dikalangan ustaz di tpt saya mengajar kitab tersebut.

Bolehkan pihak tuan membawa 5 hingga 10 perkara bentuk pendustaan tersebut untuk saya ketengahkan atau berhadapan ustaz tersebut.

Kerjasama pihak tuan amat saya harapkan. Sila reply ke alamat email

.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Kitab Jauhar Mauhub 1001 macam pendustaan!!

:bismillah
:salam

Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon:

Sebenarnya, saya tersilap menamakan kitab. Yang saya mahu sebutkan ialah kitab kitab Durratun Nasihin, bukan kitab Jauhar Mauhub. Saya menarik balik kata-kata Jauhar Mauhub pada tulisan berkenaan. Saya sudahpun membetulkannya. ([strike]Jauhar Mauhub[/strike] Durratun Nasihin)

Ada sebabnya mengapa saya tersilap.. Kerana walaupun namanya jauh berbeza, namun ada beberapa persamaan dari segi isikandungannya. Iaitu mengandungi pelbagai cerita ajaib di dalamnya. Tambahan pula kedua-duanya menjadi perhatian saya dan rakan-rakan untuk dibaca dan dipelajari semasa di alam pengajian dahulu. Ini menyebabkan kadangkala kita tersasul menyebut salah satu daripadanya.

Namun begitu, saya akan cuba jelaskan beberapa perkara di sekitar kitab Jauhar Mauhub.

Jauhar mauhub adalah kitab yang disusun oleh Syeikh Ali bin Abdul Rahman al-Kalantani. Kitab ini merupakan syarah dari kitab himpunan 40 bab yang mengandungi hadis-hadis susunan Imam Jalaludin al-Sayuthi, iaitu Lubabul Hadis. Selain Syeikh Ali bin Abdul Rahman, seorang ulama Jawi lain juga ada mensyarahkan kitab ini dalam bahasa Arab iaitu Syeikh Muhamad bin Umar al-Nawawi al-Bantani, iaitu kitab Tanqihul Qaulul Hathith.

Menurut al-Sayuthi dalam mukadimah kitabnya ini mengatakan bahawa hadis-hadis yang dibawanya adalah sahih sanadnya. Namun, syeikh al-Nawawi al-Bantani di dalam mukadimah syarah kitab ini mengatakan bahawa di dalamnya terdapat hadis-hadis dhaif. (Ruj: Tanqihuyl Qaul, hal. 2)

Di dalam kitab Jauhar Mauhub, ketika mensyarahkan hadis-hadis dari kitab al-Sayuthi ini, pengarangnya ada menambah pelbagai hadis dan kisah-kisah yang ajaib-ajaib. Ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan mengenainya:

1. Hadis-hadis yang dikatakan oleh al-Sayuthi sebagai sahih di dalam Lubabul Hadis.
Manhaj yang digunakan oleh al-Imam al-Sayuthi dalam menerima dan menolak hadis. Apakah kita boleh menerima manhajnya? Atau bagaimana? Tentang hal ini, tidak ada siapa yang berhak bercakap mengenainya melainkan para ulama yg ahli dalam bidang hadis.

Saya sendiri tidak ada kelayakan mengenai hal ini. Oleh itu, kita terpaksa merujuk dan menyandarkan masalah ini kepada ulama yg ahli dalam bidang ini. Kritikan terhadap al-Imam al-Sayuthi tidak sedikitpun mencacatkan keimamannya atau mengurangkan ketokohannya atau menafikan jasa-jasanya dalam bidang ilmu atau merendah-rendahkan ketinggian ilmunya.

Bila kita menyandarkannya kepada para ulama yang setaraf dengannya, bermakna bukan kita yang mengkritik beliau, melainkan ulama itulah yang mengkritiknya. Oleh itu, tidak timbul, siapa anda hingga begitu berani mempertikaikan tentang al-Sayuthi. Memang benar, kita tidak layak sama sekali mengkritik beliau, kerana taraf ilmu yang amat rendah. Sebab itulah setiap kata-kata kita, kita sandarkan kepada para ulama yang mahir ilmu dalam ilmuhadis. Antaranya ialah:


ÞÇá ÇáÔíÎ ÚÈÏ ÇáÝÊÇÍ ÃÈæ ÛÏÉ Ýí åÇãÔ ßÊÇÈ "ÇáÃÌæÈÉ ÇáÝÇÖáÉ" ááßäóæí Úä ÇáÓíæØí: "æåæ ÃæÓÚ ÇáÚáãÇÁ ÇáÃÌáøóÉ ÇáÐíä ÐßÑÊõåã ÊÓÇåáÇð Ýí ÅíÑÇÏ ÇáÍÏíË ÇáÖÚíÝ æÇáÊÇáÝ æÇáãæÖæÚ æÔÈåå Ýí ßÊÈå æÑÓÇÆáå

Ringkasnya: Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengatakan al-Sayuthi merupakan seorang ulama yang tasahul dalam mendatangkan hadis dhaif, hadis rosak, maudhu' dan seumpamanya dalam kitab-kitab dan risalah-risalahnya.
(Ruj: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?threadid=7258)


ÇáÓÄÇá ÇáÃÑÈÚæä: ãÇ ÑÃíßã ÊÕÍíÍÇÊ æÊÍÓíäÇÊ ÇáÅãÇã ÇáÓíæØí¿

ÇáÌæÇÈ: ÇáÓíæØí ÑÍãå Çááå ãä ÇáÃÆãÉ ÇáãÍÞÞíä ÅáÇ Ãäå ãÊÓÇåá Ýí ÊÕÍíÍ ÇáÃÎÈÇÑ ÈßËÑÉ ÇáØÑÞ¡ ÍÊì æÅä ßÇäÊ ÔÏíÏÉ ÇáÖÚÝ¡ æãä ÊÃãá ßÊÈå Úáã Ðáß ãäå (ÑÍãå Çááå)¡ æÞÏ ÊæÓÚ Ýí ÊÞæíÉ ÇáÇÍÇÏíË ÈÇáÔæÇåÏ æÇáãÊÇÈÚÇÊ¡ æíÞæí ÃÍÇÏíË áã íÓÈÞå Åáì ÊÞæíÊåÇ ÃÍÏ ãä ÇáÍÝÇÙ ÇáãÚÊÈÑíä.

Ringkasnya: Pandangan syeikh Abdul Aziz Marzuq al-Tharifi, tentang sahih dan hasan yang dinilai oleh al-Imam al-Sayuthi. Beliau seorang imam muhaqiq, hanya saja beliau seorang yang mutasahil dalam mensahihkan hadis berdasarkan banyaknya jalan (thuruq), sekalipun dalam hadis yang terlalu dhaif. Beliau memperluaskan di dalam memperkuat hadis dengan syawahid dan tawabi'......
(Ruj: http://www.saaid.net/leqa/6.htm)

Pendapat para ulama lain mengenai beliau:


ááÏßÊæÑ ÈÏíÚ ÇáÓíÏ ÇááÍÇã ÑÓÇáÉ ÏßÊæÑÇå äæÞÔÊ Ýí ÈÇßÓÊÇä ÈÚäæÇä ( ÇáÅãÇã ÇáÓíæØí æÌåæÏå Ýí ÇáÍÏíË æÚáæãå ) æÞÏ ØÈÚÊ Ýí ÏÇÑ ÞÊíÈÉ æäÇÞÔ åÐå ÇáãÓÃáÉ Íæá ÊÓÇåá ÇáÓíæØí ¡ æãáÎÕ ÇáßáÇã : Åä ßÇä ÇáÓíæØí ãÌÊåÏÇð Ýí ÇáÍÏíË æáå ÞæÇÚÏå ÇáÎÇÕÉ Ýí ÇáÊÕÍíÍ æÇáÊÖÚíÝ Ü æåæ ÞÏ ÈáÛ ÑÊÈÉ ÇáÍÇÝÙ Ü æÇÔÊåÑ ÈÎÇÊãÉ ÇáÍÝÇÙ ÝáÇ äæÓãå ÈÇáÊÓÇåá áÃä ÇáÇÌÊåÇÏ áÇ íäÊÞÖ ÈÇáÇÌÊåÇÏ .æÇááå ÃÚáã

(Opt cit.)

Juga:
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1477

Tentang hal nilaian hadis-hadis oleh al-Imam al-Sayuthi, sudah tentu sedia dimaklumi oleh para pelajar jurusan hadis.

2. Hadis-hadis yang dimasukkan di dalam syarahnya (Jauhar Mauhub).
Oleh kerana kitab ini amat masyhur di kalangan sebahagian penuntut ilmu di Nusantara dan orang awam di kalangan mereka, maka adalah menjadi satu tugas fardhu kifayah kepada mereka yang diberi ilmu dan kemampuan untuk mentakhrij hadis-hadisnya. Kerana di dalamnya ada yang dikatakan sebagai hadis dalam bentuk terjemahan, maka perlulah dicari matan asalnya. Manakala matan-matan yang dikatakan hadis yang tidak ada sanadnya perlu dicari sanadnya. Setelah itu, perlulah dilakukan timbangan jarah wat ta'dilnya. Sahih atau dhaif.

3. Kisah-kisah yang diceritakan oleh pengarang syarah kitab.
Ada beberapa kisah yang menarik perhatian kita ketika membaca Jauhar Mauhub, tanpa menafikan ketinggian ilmu pengarangnya dan tanpa merendah-rendahkan jasanya dalam penyebaran ilmu. Iaitu kisah-kisah yang perlu kita pertimbangkan semula. Pengarangnya telah berbuat sesuatu yang barangkali terbaik pada zamannya. Namun, bila genarasi kita cuba mempertimbangkan semula isikandungan karyanya, tidaklah kita telah melakukan sesuatu yang kurang ajar melainkan kita telah melakukan jasa yang cukup baik. Samada terhadap kitab berkenaan dan terhadap pemurnian penyebaran isi ajaran Islam.

Berikut ini petikan kisah dari Jauhar Mauhub:
1. Hikayat ayat Seribu Dinar:
"(Faedah) Bagi ayat Seribu Dinar hikayat adalah satu kaum menunggang mereka itu akan perahu berlayar di laut, tiba-tiba nyata bagi mereka itu seorang laki-laki berjalan di atas air dan berkata ia bagi mereka itu ada sertaku satu kalimah aku hendak jual dengan seribu dinar. Maka berkata salah seorang daripada mereka itu, aku hendak beli, inilah seribu dinar. Maka berkata laki-laki itu, campak olehmu akan seribu dinar itu ke dalam laut. Maka mencampak ia akan dia ke dalam laut. Maka berkata laki-laki itu, kata olehmu:


æóãóä íóÊøóÞö Çááøóåó íóÌúÚóá áøóåõ ãóÎúÑóÌðÇ {2} æóíóÑúÒõÞúåõ ãöäú ÍóíúËõ áóÇ íóÍúÊóÓöÈõ æóãóä íóÊóæóßøóáú Úóáóì Çááøóåö Ýóåõæó ÍóÓúÈõåõ Åöäøó Çááøóåó ÈóÇáöÛõ ÃóãúÑöåö ÞóÏú ÌóÚóáó Çááøóåõ áößõáøö ÔóíúÁò ÞóÏúÑðÇ

Maka kata laki-laki itu, hafaz olehmu akan dia baik-baik, kemudian ghaib ia. Maka berlayar ia tiba-tiba pecah perahu itu dan dapat laki-laki itu yang membeli ayat itu akan satu papan dan membaca ia akan ayat itu. Maka dicampak akan dia oleh ombak kepada satu pulau. Maka naik ia kepada pulau itu dan mendapat ia padanya akan satu perempuan yang sangat elok. Maka bertanya ia akan perempuan itu daripada halnya. Maka berkata perempuan itu, aku daripada negeri begini-begini. Adalah pada tiap-tiap hari naik daripada laut ini jin pada waktu begini-begini. Menutup ia akan daku daripada diriku maka dipelihara akan daku Allah Taala daripadanya. Maka berkata laki-laki itu bagi perempuan itu, jadi olehmu akan daku pada tempat yang aku lihat akan dia dan tiada ia lihat akan daku. Maka memperbuat ia seperti demikian. Maka tatkala naik jin daripada laut dan melihat laki-laki akan dia. Maka membaca ia akan ayat itu maka bernyala-nyala api terbakar jin itu. Maka sukalah perempuan itu. Kemudian mengambil ia dengan laki-laki itu membawa akan dia kepada satu gua yang ada padanya berupa harta yang sangat banyak daripada jawahir dan lu'lu' dan yaqut. Kemudian lalu perahu dengan keduanya maka mengisyarat keduanya kepada perahu itu maka datang ia. Maka mengambil tiap-tiap seorang daripada jawahir dan lu'lu' barang yang tiada diketahuikan dia melainkan Allah s.w.t. jua. Wallahu A'lam."
(Ruj: Syeikh Ali bin Abdul Rahman al-Kalantani, Al-Jauhar al-Mauhub, hal. 78-79)

Sila lihat komentar dari Syeikh thtl tentang mitos di sebalik khasiat ayat ini di sini:
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7362

Dan oleh al-Ustaz Pendekar di sini:
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=9238

2. Khasiat batu yaqut
"(Faedah) Adalah batu yaqut itu empat bagi merah dan kuning dan biru dan putih..."
((Ruj: Syeikh Ali bin Abdul Rahman al-Kalantani, Al-Jauhar al-Mauhub, hal. 104)

Seterusnya dinyatakan:
"Dan setengah daripada khasiatnya api tiada memberi bekas padanya dan tiada mengubahkan dia dan barangsiapa memakai cincin dengan permata yaqut yang merah atau ditanggungkan atasnya menafikan daripadanya gila babi dan ta'un dan papa dan mudahkan kehidupannya dan mengkuatkan hatinya dan menghebatkan akan dia manusia dan mudah menunaikan segala hajatnya. Dan memakai cincin dengan yaqut yang kuning atau menanggung akan dia menegahkan mimpi ihtilam dan menanggung yang putihnya meluaskan rezeki. Wallahu A'lam."
(ibid.)

Kita tidak tahu, apakah di sana ada penjelasan dari sudut ilmu kedoktoran tentang pemakai permata yaqut berwarna merah dapat terhindar dari penyakit gila babi dan taun?

Juga apakah di sana ada penjelasan dari agama Islam atau dari sudut ilmu ekonomi bahawa pemakai cincin yaqut berwarna merah boleh terhindar dari kemiskinan dan kepapaan? Yaqut berwarna putih dapat meluaskan rezeki?

Allah lebih mengetahui..

3. Adab memotong kuku
Lihat halaman 54 dari kitab ini tentang perincian adab memotong kuku. Juga khasiat hari-hari tertentu untuk memotong kuku. Ini ada dijelaskan oleh syeikh thtl di sini:
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=12920

Dan sudah dibincangkan beberapa kali mengenainya di al-ahkam.net

Bersama-sama ini dikepilkan kitab Lubabul Hadis, susunan al-Imam Jalaluddin al-Sayuthi dan pula adalah syarahnya oleh Syeikh Muhamad bin Umar al-Nawawi al-Bantani, iaitu kitab Tanqihul Qaulul Hathith..

:aklam

Semoga bermanfaat..

zain y.s