SJ-13-0089 : Nabi Ayub a.s

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0089 : Nabi Ayub a.s

:salam

Boleh ceritakan kisah tentang Nabi AYub?Dan benarkah bahawa baginda ditimpa penyakit sehingga ramai menjauhi daripada nabi Ayub?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Nabi Ayub a.s

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Shohor dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kalau hendak diceritakan mengenai kisah Nabi Ayub as. secara detail, agak sukar sedikit. Apa yang boleh saya lakukan ialah memaparkan jawapan ringkas Prof. Dr Ahmad Yusuf Sulaiman mengenai Nabi Ayub as :-

Firman Allah swt didalam surah Sad :

æóÇÐúßõÑú ÚóÈúÏóäóÇ ÃóíøõæÈó ÅöÐú äóÇÏóì ÑóÈøóåõ Ãóäøöí ãóÓøóäöíó ÇáÔøóíúØóÇäõ ÈöäõÕúÈò æóÚóÐóÇÈò
"Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)." -[Surah Sad : 41].

Ayat yang mulia diatas merupakan permintaan dari Nabi :saw - mengingatkan kepada umatnya akan apa yang berlaku kepada salah satu Nabinya iaitu Saidina Ayub as. - yang telah diuji oleh Allah azzawajalla dengan salah satu penyakit2nya, yang mengurangkan kekuasaannya, melemahkan tubuh badannya, yang memisahkan beliau dengan saudara-maranya, kawan2 melarikan diri, dan beliau telah kehilangan kesemua duitnya. Akan tetapi beliau tetap bersabar dan sentiasa berdo'a kepada Allah swt. Penyakit ini berlarutan bersamanya pada jangka waktu yang diperselisihkan ulama, diantara 7 hingga 18 tahun. Nabi Ayob as tetap bersabar sehingga Allah swt menyembuhkan penyakitnya, mengurniakan beliau keluarga dimana setiap mereka itu diberikan rahmat dan kelebihan, Allah memujinya, dan menjadikannya orang baik yang terpilih, dimana Allah swt merakamkan didalam firmannya :

ÇÑúßõÖú ÈöÑöÌúáößó åóÐóÇ ãõÛúÊóÓóáñ ÈóÇÑöÏñ æóÔóÑóÇÈñ
"Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)." - [Sad : 42]

æóæóåóÈúäóÇ áóåõ Ãóåúáóåõ æóãöËúáóåõãú ãóÚóåõãú ÑóÍúãóÉð ãöäøóÇ æóÐößúÑóì áöÃõæáöí ÇáúÃóáúÈóÇÈö
"Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang)." - [Sad : 42]

æóÎõÐú ÈöíóÏößó ÖöÛúËðÇ ÝóÇÖúÑöÈú Èöåö æóáóÇ ÊóÍúäóËú ÅöäøóÇ æóÌóÏúäóÇåõ ÕóÇÈöÑðÇ äöÚúãó ÇáúÚóÈúÏõ Åöäøóåõ ÃóæøóÇÈñ
"Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukullah (isterimu) dengannya dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu. Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; dia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya dia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)." - [Sad : 42]

-----------
Demikianlah serba ringkas cerita mengenai Nabi Ayub as. Apa yang perlu dielakkan ialah memperincikan lebih detail mengenai bagaimana keadaan penyakit Nabi Ayub as yang ada pihak mengatakan terdapat ulat2 didalam badannya. Cerita2 ini merupakan cerita Israiliyyat yang bertujuan memburuk2kan lagi kisah Nabi Ayub ini. :iklam

wassalam
=========
Rujukan :

1. Prof. Dr Ahmad Yusuf Sulaiman. ÃíæÈ Úáíå ÇáÓáÇã æÍÞíÞÉ ãÓ ÇáÔíØÇä áå URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=62164

Bahan tambahan :

a. ÃíæÈ Úáíå ÇáÓáÇã
URL : http://www.islampedia.com/MIE2/anbiaa/rosol2.htm

b. ÞÕÕ ÇáäÈí ÃíæÈ Úáíå ÇáÓáÇã
URL : http://www.wadyalgary.com/ayoob.htm

خيرالأمين