SJ-13-0107 : Masalah doktor dengan pesakit

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0107 : Masalah doktor dengan pesakit

Assalamualaikum,

Apakah hukum seorang doktor melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pesakitnya yg bukan mahram dengan berlakunya persentuhan kulit tanpa berlapik?

Adakah ini termasuk dalam keadaan darurat sebab ada penyakitlah pesakit tersebut datang untuk berjumpa doktor tersebut?

Bagaimana pula dengan hukumnya doktor yang terpaksa melihat aurat pesakitnya yg bukan mahram agar dapat memastikan penyakitnya?

SJ-13-0107 : Masalah doktor dengan pesakit

:salam

Berikut soaljawab yg diajukan kpd Dr YQ:

Pertanyaan: Apa yang menjadi kewajiban kita dalam menghadapi
masalah menutup aurat orang sakit dan anggota tubuhnya yang
terbuka bukan dalam keadaan darurat, apakah kita menganjurkan
kepadanya?

Jawaban: Ini merupakan sesuatu yang wajib disebarluaskan agar
diketahui setiap muslimah dan dilakukan mana yang lebih
positif, kecuali dalam keadaan darurat, meskipun kebolehan
karena darurat haruslah diukur dengan kadar kedaruratannya.

--------

Dr Basri Ibrahim dr KUSZA ada menulis sebuah buku yg baik sekali yg membincangkan persoalan perubatan ini. Di dalamnya juga dibahaskan mengenai hukum doktor lelaki/perempuan merawat org yg bukan mahram. Buku berkenaan bertajuk Rawatan Dalam Islam terbitan Jahabersa.

Secara ringkasnya, beliau telah menukilkan pendpt para ulama' bhw dibolehkan rawatan tersebut jika di dalam darurah. Pendpt ini merupakan pendpt mazhab Syafi'i, Ahmad dlln. Ini berdasarkan hadis yg dikeluarkan oleh Bukhari perihal Aisyah ra yg merawat org lelaki ketika perang.

Namun, kita semua perlu ingat bhw kebolehan ini dibatasi dgn kaedah darurat sptmana yg dijelaskna oleh Dr YQ di atas. Spt, jika pada ketika itu, tidak ada doktor yg mahram sedangkan keadaan terdesak. Cth lain, tidak ada doktor pakar yg mahram di situ etc.

:wassalam

SJ-13-0107 : Masalah doktor dengan pesakit

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz g@y@t diatas repons diatas.

Fatwa Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi diatas boleh didapati didalam buku beliau Fataawa Mu'aasyirah, 2/615 (cet ke 3, 1994, Dar al-Wafa'), iaitu dibenarkan melihat aurat bukan mahram didalam keadaan darurah sahaja (ÅáÇ ÇÞÊÖÊå ÇáÖÑæÑÉ) dan menurut ukuran kadarnya (ÝÞÏÑ ÈÞÏÑåÇ) (Case by case basis).

Tambahan sedikit kepada beberapa syarat2 yang perlu ada apabila Doktor lelaki merawat wanita yang bukan mahramnya. Menurut seorang ulama' Mesir, Syiekh Ibrahim Golhoum, Imam Masjid Zainabi. Kata beliau, setelah tidak ada Doktor wanita dari kalangan orang Islam, dicari pula Doktor wanita dari kalangan bukan islam, jika tidak dijumpai maka Syariah membenar Doktor dikalangan lelaki merawatnya, dengan beberapa syarat, diantaranya adalah :-

ÃæáÇð: Ãä íßæä ãÓáãðÇ ÃãíäðÇ.
ËÇäíðÇ: Ãä íßæä ÇáÚáÇÌ ÈÍÖæÑ ÒæÌ Ãæ ãÍÑã Ãæ ÇãÑÃÉ ËÞÉ.
ËÇáËðÇ: Ãä íÄãä ÇáÇÝÊÊÇä.
ÑÇÈÚðÇ: ÃáÇ íßÔÝ ÇáØÈíÈ ÇáãÚÇáÌ Úä ÈÏä ÇáãÑíÖÉ ÅáÇ ÞÏÑ ÇáÍÇÌÉ ÇáãØáæÈÉ áãÚÇáÌÊåÇ.
ÎÇãÓðÇ: ÃáÇ íäÙÑ ÅáÇ Åáì ãæÖÚ ÇáÏÇÁ æÇáÃáã áíÚÇáÌå.

1. Seorang Islam yang amanah.
2. Rawatan dilakukan bersama2 dengan suami, atau Mahram atau wanita yang dipercayai
3. Aman dari keadaan yang menimbulkan perasaan suka (infatuation)
4. Doktor yang merawat tidak membuka bahagian2 tubuh wanita melainkan tempat yang diperlukan rawatan
5. Tidak melihat/merenung kearah tubuh wanita melainkan melihat kepada tempat yang sakit dan berpenyakit agar dapat merawatnya.

Demikianlah beberapa syarat2 yang dinyatakan oleh Syiekh Ibrahim Golhoum sebagai sambungan kepada pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang mendefinasikan kadar darurah tersebut. :aklam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Syiekh Ibrahim Golhoum. ÔÑæØ ÚáÇÌ ÇáØÈíÈ ááãÑÃÉ . URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=67227

خيرالأمين