SJ-13-0121 : hadith dho`if

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0121 : hadith dho`if

a`kum,
minta pndangan panel, apakah autoriti hadith dho`if, penggunaannya dan taraf yg dibenarkan, setahu sy hanya dho`if yg sedikit dan mnghmpiri hasan sj yg bleh.dn itu pun dlm fadhoil `amal.

1)kalau ada ulama` kata dhoif dan ada yg kata maudhu`(palsu) mcm mna? blehkah kita kata ia tidak mncapai taraf dho`if sedikit krn ada ulama` yg kata maudhu` walaupun ada yg lain kata dho`if?

2)apa mksud fadhoil `amal?krn sy dapati semua org skarang bila dikatakan dhoif, itu x pe fadhoil `amal.contohnya mlm nisfu sya`ban dikatakan buku amalan ditukar.mereka berhujah itu x pe sbb nk mnggalakkan kita rajin buat amal sbb nk tukar buku baru tapi disegi lain sy nmpak mcm hal `aqidah sbb buku amal ni x nmpak(ghaib).jd sy konfius ni perkara fadhoil amal atau `aqidah?

SJ-13-0121 : hadith dho`if

:wassalam

Quote:
apakah autoriti hadith dho`if, penggunaannya dan taraf yg dibenarkan, setahu sy hanya dho`if yg sedikit dan mnghmpiri hasan sj yg bleh.dn itu pun dlm fadhoil `amal.

alJawab:

Penjelasan alMuhaddith al-Albani:

Pendapat yg benar ialah tidak boleh menggunakan hadith dha'if kerana bertentangan dgn hukum asal dan tidak ada dalil yg membolehkan. Dua Imam tertinggi dalam bidang hadith, Imam alBukhari dan Muslim menegah beramal dgn hadith dha'if secara mutlak dan Imam alhafidz Ibn Hajar asqolani condong kepada penegahan Imam Bukhari dan Muslim. Namun isu ini adalah khilaf dan al-Albani berkata jika ingin menggunakan juga hadith dha'if, hendaklah mematuhi 3 syarat:

a. bukan hadith maudhu'
b. yg menggunakan hadith dha'if mengetahui kedha'ifannya
c. penggunaannya bukanlah suatu yg dilazimkan (tidak menjadi kebiasan)
[al-Albani, muqaddimah Tamam alMinnah fi Ta'aliq 'alaa Fiqh Sunnah]

1. Jika ada muhaddith yg kata dha'if dan ada yg kata maudhu', maka hadith ini tidak boleh diamalkan kerana ia sudah jatuh dalam dha'if jiddan (sangat lemah). Syarat yg mana ia boleh dipakai secara terhad ialah tidak terlalu lemah. Menurut definasi atTermidzi, hadith yg nak dipakai tu hendaklah lebih hampir kpd hadith hasan. (Tadrib arRawi oleh Syuyuthi, 1/197)

2. Fadhail 'amal ni bermaksud penggalak atau catalyst untuk menyemarakkan manusia supaya giat beramal atau memberi motivasi mereka supaya giat beramal. Cth: apakah cerita2 dan berita2 yang boleh meramaikan orang ramai giat solat tarawih berjama'ah. Maka ada orang mengguna hadit2 dha'if utk menggalakan manusia beramai-ramai keluar beramal.

Adapun Nisfoo Sya'ban atau kelebihan malam 15 Sya'ban tu pulak bukanlah amal yg benar atau sah. Bahkan ia adalah bid'ah dan khurafat.
Maka tidak boleh menggunakan hadith lemah untuk menggalakkan manusia beramal pd malam tersebut. Sedangkan solat tarawih berjamah itu ibadah yg sunnah, maka ada orang guna hadith lemah utk menyemarakkan orang ke mesjid. Tapi malam Nisfoo sya'ban ni tidak sah dan tidak ada kelebihannya. Maka penggunaan hadith dha'if utk memberi motivasi kepada sesuatu yg bid'ah tidak dibolehkan.

Rumusan:
Pendapat yg terkini dan rajih dari Imam-imam hadith yg terunggul dan para muhaqqiqin (spt al-Albani), bahawa hadith dha'if sepatutnya ditinggalkan penggunaannya kerana hadith sahih begitu banyak dan sudah memadai dalam semua fadhail amal.

2. Penggunaan hadith dha'if hendaklah mematuhi syarat2 para muhaqqiq spt Imam Ibn Hajar, Imam Nawawi dan al-Albani. Maksudnya penggunaannya dengan penuh berhati-hati dan sentiasa meyakini ia bukan kata2 Nabi saw.

3. Dalam bab fadhail Amal (penggalak amal), pastikan amal yg kita nak galakkan itu benar2 sah atau bid'ah. Cth: Nisfoo sya'ban itu amal yg bid'ah dan khurafat. maka ia tidak boleh disemarakkan dengan hadith apa pun.

sekian