SJ-13-0150 : Lagi Soalan Sharia - Hudud Implementasi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0150 : Lagi Soalan Sharia - Hudud Implementasi

Assalamualaikum,

Terdapat dalam kertas perbincangan serta pendapat tokoh syariah islamiah yg telah dikemukan mengutarakan beberapa usul mengenai sejarah serta implikasi perjalanan syariah

1. Bahawa soal usul perlu diutamakan sebelum furu'
2. Syariah bukan semata-mata hudud dan takzir
3. Apabila dilihat secara mendalam perundangan islam hanya akan berjaya dijalankan jika faktor-faktor seperti
a. Kuasa2 politik dan pemerintahan dalam tangan Islam
b. Umat islam faham akan syariah
c. Syariah dijalankan secara berperingkat2 untuk menjamin penerimaannya.
d. Membuka kembali pintu ijtihad dan menjauhi taqlid.
5. Mengguna usul fiqh bukan semata-mata pengambilan terjemahan ayat atau sunnah tanpa mengambil kira makna atau tujuan sebenar ayat.
6. Pemakaian mengikut perubahan semasa tanpa mengubah "spirit of the law"dalam ayat/sunnah juga tidak melampaui batas.

dll.

Seperti diatas saya tertarik kerana pendapat telah mengambil kira pengkajian sejarah bagaimana pertamanya perundangan islam telah diketepikan kerana sebab penjajahan, pembaratan, modenisasi, traditionalism serta faktor lain termasuk faktor komtemporari.

Secara amnya perundangan islam hanya boleh ditegakkan jika usul serta fasal perundangan dikodifikasikan mengikut "spirit of the law"dalam Al-Quran dan tidak hanya bertumpu kepada hudud/takzir. Ada juga yang berpendapat bahawa tanpa mengenepikan hukuman contohnya rejam keatas penzina tetapi perlu juga mengambil kira resam iaitu penzina dipenjarakan 10 tahun boleh juga diggunakan sebagai perundangan islam.

Saya faham jawapannya mungkin panjang cuma saya ingin dapatkan pendapat tuan2 mengenai intipati approach seperti di atas.

JKK

SJ-13-0150 : Lagi Soalan Sharia - Hudud Implementasi

:wassalam

alJawab:

Soalan anda ni sudah begitu lama berada dalam Bank Soalan, sejak 2004 lagi. Kami menangguhkan kerana cuba menyusuri siapakah yg mengeluarkan kenyataan ini. Kerana ia kekadang pernah disuarakan oleh tokoh2 Universiti, misalnya saya temui suatu seminar anjuran Akademi Islam Universiti Malaya yg pernah menganjurkan seminar bertajuk " KeArah menrealisasikan Undang2 Islam di Malaysia, Panelisnya: Prof Mahmood Zuhdi, Prof Nik Abdul Rashid, Pof Hj Saleh Buang, Syaikh Ghazali Abdul Rahman, Prof Dr Abdul Halil alMuhammady, Dr Abdul Aziz Hanafi. Ia berlangsung di UM pada Jun 1987.

Kenyataan di atas juga pernah dikeluarkan oleh Dr Hasan Turabi dari Sudan, DS Anwar Ibrahim, mantan pemimpin UMNO dan ABIM, Dr Tariq Ramadhan (cucu Hasan alBanna) yg menjadi rakyat Swiss), dan Dr alQardhawi dalam kitabnya Malameh alMujtama' alIslami dan Fiqh Daulah.
Begitu juga Prof Manna Khalil alQahthani dalam Mu'awiqat Tathbiq Syari'at alIslamiah.

Jadi proses menegakkan semula Syari'at Islam ni memang benar kena mengambil kira apa yg disebutkan di atas cuma konsep 'spirit of the law' tu kemungkinan datan banyak dari Jaringan Islam Liberal spt SIS, Dr Nurkholish Majid, juga cucu Imam Hasan alBanna yg menjadi rakyat Switzerland yg pernah mengeluarkan kenyataan umat Islam supaya melupakan hudud.

Kami boleh komen lanjut jika anda menyatakan siapakah yg menyuarakan kenyataan di atas secara spesifik. Ini kerana topik ini agak rumit, tapi Buku Prof alQardhawi dan alManna Khalil alQahthani lebih jelas dlm menjawab segala alasan kaum sekuler dan liberal dalam melengahkan pelaksanaan hukum Hudud denan pelbagai alasan.

sekian