SJ-13-0170 : Hadith luas syurga

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0170 : Hadith luas syurga

akom

adakah sahih hadith luas syurga 10 kali ganda dunia? kerana ada pendakwah mendakwah saye begitu dan katanye sahih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0170 : Hadith luas syurga

:wassalam

alJawab:

Mana ada hadith sahih secara specific kata 10X ganda. Sebab luas tu disebut umum sahaja, kalau Nabi kata secara jelas 10X ganda, maka tak adalah aspek ghaibiyat syurga-neraka tu. Ia hanya disebut luas sahaja tanpa khusus 10X atah 50X.
Dalil keumuman luas syurga:
" dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang2 bertaqwa." AQT 3: 133

Kerahsiaan syurga dan kejutannya hanya di ketahui pada hari Akhirat kelak.

Dalil: " dan apabila kamu melihat di sana (syurga), niscaya kamu akan melihat pelbagai macam nikmat dan kerajaan yg BESAR." AQT 76:adDahr: 20

Kejutan dan kezutan ada diceritakan secara sepintas lalu dalam pelbagai hadith sahih, antaranya hadith muttafaq alaih dari Abu Sa'id alKhudri ra, bahawa ada pokok dalam syurga yang rimbunannya (canopy) adalah perjalanan 100 tahun dgn kuda. Itu baru pokok...keluasannya adalah rahsia Ilahi. Maka tak payahlah mencari dan cuba mengukur keluasan syurga...sekian