SJ-13-0172 : USRAH NI SUNNAH NABI KE??

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0172 : USRAH NI SUNNAH NABI KE??

tuan,

usrah ini sunnah nabi ke atau sunnah as- syahid hasan al-banna?

ramai gak tanya soalan ni terutama ye jemaah tabligh. diaorang sentiasa

pandang lekeh dgn usaha usrah yg dilajukan oleh jim,abim,parti kaler

hijau dll.

hadis marfuk tu hadis ape??[kalau boleh adakah ianya hadis sahih]

dakwahniaga.com (not verified)
REPLY: USRAH NI SUNNAH NABI KE?

ISLAMUTKSEMUA bertanya,
tuan,

usrah ini sunnah nabi ke atau sunnah as- syahid hasan al-banna?

ramai gak tanya soalan ni terutama ye jemaah tabligh. diaorang sentiasa

pandang lekeh dgn usaha usrah yg dilajukan oleh jim,abim,parti kaler

hijau dll.

hadis marfuk tu hadis ape??[kalau boleh adakah ianya hadis sahih]

Soalan ni terdapat pada part lain...nak reply tak leh , jadi saya bawa ke mari.

Pertama: Usrah ni memang dari Sunnah Nabi dan Hasan Al-Banna banyak praktik SIASAH di diambil dari SUNNAH NABI. Usrah yang pertama di zaman Rasulullah saw diadakan di rumah al-Arqam bin Abi Al-Arqam dari Kabilah Bani Makhzum (Lihat "Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi saw". oleh Muhammad Munir al-Ghadban.

Kedua: Takrif Hadis Marfu' , Hadis Marfu' ialah Hadis yang disandarkan kepada Rasulullah saw, samada kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat-sifatnya atau pun samada sanadnya bersambung-sambung (muttasil al-Isnad) terus kepada Nabi atau sebaliknya, samada yang menyandarkannya itu seorang sahabat atau seorang tabi'in.

Ia juga bermaksud hadis yang disandarkan kepada Nabi. Seperti: Nabi bersabda.......

Hadis ini boleh dijadikan Hujahsekiranya ia disepakati dan sampai kepada martabat Sahih dan Hasan.

SJ-13-0172 : USRAH NI SUNNAH NABI KE??

alJawab:

apa yang syaikh dakwahniaga.com jawab tu dah molek benar dah. cuma saya jawab cara lain sikit.

Nizam Usrah

Usrah ni dalam bahasa arab bermaksud 'keluarga'. Jadi keluarga atau usrah ni bukan sunnah sapa-sapa tapi sunnatuLlah. yakni lelaki dan perempuan kesudahannya akan berkahwin dan terbentuklah usrah atau keluarga. Usrah-usrah ni menjadi asas kepada masyarakat. Usrah terdiri dari suami sebagai kepala usrah, isteri dan anak-anaknya.

Ketika Ust alBanna mendirikan jama'ah Ikhwannya pada tahun 1928, beliau mengambil konsep usrah ini dan menamakan Nizam Usar (sistem usrah) dalam sistem perkaderannya (pembentukan keahlian). Nisam usrah ni sama dgn konsep keluarga (suami-isteri), cuma kader-kader Ikhwan ini akan disusun dalam usrah atau sel yg dipimpin oleh seorang ketua atau mas-ul/naqiib. Produk dari usrah-usrah ini akhirnya akan dicantumkan dengan usrah akhowat dan maka terbentuklah keluarga (usrah) yang diidamkan) yakni angguta usrah (suami-isteri) yang terdidik dengan fikrah keIslaman yang sahih.
Adapun majlis ilmu yang diadakan di zaman nabawi spt di rumah alArqam bin Abi Arqam itu bukanlah konsep usrah yang dijalankan oleh al-Ikhwan. Ini kerana usrah dalam konteks alBanna ialah sistem sel atau jaringan yang tersusun. Manakala program di rumah alArqam itu lebih kepada kelas-kelas pengajian atau halaqah. Maka boleh dikatakan nizam usar yang dilaksanakan oleh Ikhwan al-Banna adalah agak unik dan trademark kepada pergerakan itu. Sebab itu pihak berkuasa Mesir bila mereka mengharamkan Ikhwan, mereka tahu nizam usrah ini adalah satu rangkaian ikhwan yang amat menakjubkan kerana ia sama spt konsep pyramiding dalam MLM dan boleh berkembang dengan pantas.

Jika karkun JT merasa heran dengan nizam usrah ni, sebenarnya karkun JT pun beroperasi secara nizam usrah juga, di mana mereka keluar (jaulah) untuk kerja2 gash baik 3 hari, 7 atau 40 hari secara usrah, ada amirnya dan seorang yang agak alim untuk memberi petunjuk dan pelajaran2 agama kepada kumpulan itu. Secara tidak sedar ini juga usrah.
ahli-ahli baru JT bila mereka sering keluar secara berkumpulan ini, maka itulah sistem perkaderan mereka yang agak sama dengan pergerakan lain yang menggunakan sistem usrah untuk pembinaan iman dan amal jama'ai.

sekian