[Dunia Buku] Apa Yang Harus Anda Lakukan Dalam Situasi Tertentu

Tajuk Buku: Apa Yang Harus Anda Lakukan Dalam Situasi Tertentu
Penulis: Syaikh Muhammad Soleh al-Munajjid
Halaman: 73m/s
Harga: RM7.90
Kod: PJ-2033

Antara kandungan buku ini:
Sesungguhnya umat Islam selalu berhadapan dengan beberapa situasi yang sangat penting dalam hidupnya, di mana dia sangat perlukan jawapan yang segera bagi persoalan yang sedang dihadapinya itu, bagaimana dia perlu bertindak ketika berdepan dengan situasi tersebut. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes yang berlaku, adalah mustahil bagi kita hendak mencari atau bertanyakan tentang hukum-hukum Islam yang kita sangat perlukan ketika sedang menghadapi situasi yang terdesak itu pada ketika itu juga.

Ini bukti pentingnya mempelajari ilmu-ilmu Islam dan mengetahui hukum-hukum Syari'ah berkaitan perkara-perkara yang dilalui dalam kehidupan ini, supaya bila seseorang Muslim itu perlukan maklumat mengenainya, dia akan mengetahuinya sehingga dapat menyelamatkan dirinya atau saudara-saudara seIslamnya yang lain dari melakukan kesalahan atau perkara yang haram.

Dalam demikian banyak kes, kejahilan dapat membawa seseorang itu kepada kesalahan atau pelencongan dalam beribadah atau – sekurang-kurangnya – melakukan perkara yang boleh memalukan diri sendiri. Maka amat malang sekali jika seorang Imam melakukan kesalahan dengan berdiri untuk mengerjakan rakaat yang kelima, dan tiada sesiapa pun dari kalangan makmum di masjid tersebut yang tahu hukum berkaitannya dan apa yang harus dilakukan ketika menghadapi situasi tersebut. Ataupun seorang musafir yang ingin mengerjakan umrah sampai ke lapangan terbang di saat-saat akhir, lalu tiba-tiba baru dia tersedar yang dia tertinggal pakaian ihramnya, tetapi dia tidak mempunyai masa hendak melakukan sesuatu mengenainya, dan tiada seorang pun di kalangan Muslim di lapangan terbang tersebut yang boleh memberitahunya apa yang harus dilakukan di saat-saat kecemasan itu.

Atau seseorang datang ke masjid ketika solat dijamakkan kerana hujan: jamaah sudah pun solat Isyak sedangkan dia belum lagi solat Maghrib, maka dia pun bingung apa yang harus dilakukannya. Dalam situasi demikian orang ramai hanya dapat berdebat berdasarkan kejahilan mereka saja, maka kebingungan pun menguasai masjid-masjid. Banyak kes yang berlaku berkaitan permasalahan individu dan peribadi, sehingga kejahilan boleh membawa kepada perasaan malu, bahkan terlibat dengan dosa, terutamanya bila seseorang itu dalam kedudukan harus membuat keputusan padahal dia tidak memiliki ilmu yang mencukupi untuk membuat keputusan yang harus diambilnya.

Klik untuk info dan cara pembelian..


Kategori Berita: