SJ-13-0199 : Tarik duit pakai batu delima

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0199 : Tarik duit pakai batu delima

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya tentang hukum seseorang yang menggunakan batu delima yang dipercayai ajaib untuk menarik wang. Kata orang yang berkebolehan menarik duit itu bahawa wang tersebut adalah diambil dari duit umat Islam yang tidak membayar zakat.

Persoalannya adakah:

1. Perbuatan itu sah disisi Islam

2. Harta itu(jika diperolihi) halal digunakan.

Afwan, mohon penjelasan.

SJ-13-0199 : Tarik duit pakai batu delima

:wassalam

alJawab:

Kita tidak boleh mempercayai khabar-khabar anih dan mencarik adat seperti ini. Dalilnya: Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw bersabda," Barangsiapa mendatangi tukang ramal, dukun dan ahli sihir, lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sungguh ia telah ingkar terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad saw." (HR Ahmad dan al-Hakim, dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram, # 290)

Maka dakwaan batu dapat menarik duit adalah suatu perkara ghaib yang tidak boleh dibenarkan. sekian