SJ-13-0286 : isu ALLAH MAHA PENGAMPUN

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0286 : isu ALLAH MAHA PENGAMPUN

:salam

sy berhadapan dgn satu isu bilamana seorg kwn yg selalu melakukan dosa kecil malahan dosa besar pun sebenarnya. Bila mana di tegur die akan cakap setiap kali melakukannya die akn bertaubat dan memohon ampun dr ALLAH SWT samada setiap lps solat @ bile2 mase pun. Sy ckp bgmana sekiranya ALLAH SWT tdk memaafkannya ? Dia ckp .. ALLAH SWT kan MAHA PENGAMPUN LG MENGASIHANI. Tentu la DIA akn MENDENGAR setiap 'keluhan' hambaNYA ! Jadi , sy terdiam tp dlm masa yg sama rase sakit hati atas sikapnya itu.

Bagaimana utk sy berhadapan dgn org yg sebegini ? Ingin rasenya berhujah dgnnye sbb die suke menggunakan logik akal dlm perdebatan.

syukran.... ::roll:

SJ-13-0286 : isu ALLAH MAHA PENGAMPUN

ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

secara ringkasnya (harap dapat ditambah oleh panel lain)

1) Jika dia berhujah dengan perkataan, "Allah maha pengampun dan mengasihani", maka saya syorkan anda menjawab dengan ayat Quran;

äÈÆ ÚÈÇÏí Ãäí ÃäÇ ÇáÛÝæÑ ÇáÑÍíã æÃä ÚÐÇÈí åæ ÇáÚÐÇÈ ÇáÃáíã

yg bermaksud: "(Wahai Muhammad) Khabarkan kepada hamba-hambaku bahawa AKU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENYAYANG. Dan bahawa AZABKU ADALAH AZAB YG MAHA PEDIH".
surah al-Hijr ayat: 49-50.

-Kita tidak boleh HANYA berharap kepada keampunan dan belas kasihan Allah semata2, tetapi mesti juga TAKUT kepada azab dan seksaan kepada org yg engkar, dan yg mempermain-mainkan hukum hakam.

2) Jika dia merasakan bahawa dosa-dosa kecil itu terampun dengan istighfar, ibadah, tetapi tetap meneruskan dosa2 yg sama, maka khabarkan kepadanya, bahawa DOSA-DOSA KECIL apabila dilakukan secara berterusan akan bertukar menjadi DOSA BESAR. Dan dosa besar hanya terampun dengan TAUBAT NASUHA yg mencukupi syarat2nya;
-meninggalkan maksiat
-menyesal dengannya
-berazam tidak akan mengulanginya

3) jika mengambil mudah dengan dosa2 yg dilakukan, dengan harapan nanti mahu bertaubat, mesti diingatkan bahawa kita tidak mengetahui bila kita akan mati. Takut2 nanti mati dalam keadaan suu khatimah, dan Allah akan membangkitkan seseorang itu di atas amalan yg dilakukan pada akhir hayatnya.
wallahu a'lam

SJ-13-0286 : isu ALLAH MAHA PENGAMPUN

Sedikit tambahan :-

4) Syarat unutk taubat diterima ialah berazam untuk tidak akan mengulangi dosa tersebut, bukan nya esok taubat, lusa sudah fikir nak buat lagi. Firman Allah swt :-

æóÇáøóÐöíäó ÅöÐóÇ ÝóÚóáõæÇ ÝóÇÍöÔóÉð Ãóæú ÙóáóãõæÇ ÃóäúÝõÓóåõãú ÐóßóÑõæÇ Çááøóåó ÝóÇÓúÊóÛúÝóÑõæÇ áöÐõäõæÈöåöãú æóãóäú íóÛúÝöÑõ ÇáÐøõäõæÈó ÅöáøóÇ Çááøóåõ æóáóãú íõÕöÑøõæÇ Úóáóì ãóÇ ÝóÚóáõæÇ æóåõãú íóÚúáóãõæäó. ÃõæáóÆößó ÌóÒóÇÄõåõãú ãóÛúÝöÑóÉñ ãöäú ÑóÈøöåöãú æóÌóäøóÇÊñ ÊóÌúÑöí ãöäú ÊóÍúÊöåóÇ ÇáúÃóäúåóÇÑõ ÎóÇáöÏöíäó ÝöíåóÇ æóäöÚúãó ÃóÌúÑõ ÇáúÚóÇãöáöíäó
dir="ltr">"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. " -[Surah aAl 'Imran : 135-136]

Menurut Ibn Kathir rh, maksud "mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu" ialah mereka akan bertaubat secepat mungkin dan tidak meneruskan perbuatan dosa tersebut, malah mereka meninggalkannya. [Tafsir Ibn Kathir, ].

5) Syaitan amat licik dalam memberi gambaran bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa seseorang. Apabila seseorang it melakukan dosa, dia akan diperingatkan oleh syaitan agar terus membuat dosa, kearana Allah swt akan mengampunkan dosa. Berikut adalah beberapa kesan bisikan syaitan :-

a. Biasanya pada peringkat awal membuat dosa, syaitan akan terus membisikkan, umur masih muda, lambat lagi nak mati. Allah swt akan sentiasa mengampunkan hambanya. Nanti tua boleh bertaubat.

b. Dia akan melambat-lambatkan diri untuk bertaubat. Dan apabila sudah terlanjur, syaitan akan mengatakan : sudah pasti Allah swt tidak akan mengampunkan dosa kamu lagi, baiklah meneruskan dosa tersebut.

c. Syaitan akan mengasutkan seseorang itu agar melambat2kan melakukan amal soleh, lantas sehinggalah ke hari kematian.

d. Apabila sudah terlanjur, syaitan akan membuat seseorang itu merasakan kecewa dan malu untuk berhadapan dengan Allah swt. Maka jadilah dia manusia yang sudah biasa membuat dosa.

Kata Hasan al-Basri :

ÃáÇ íÓÊÍíì ÃÍÏäÇ ãä ÑÈå íÓÊÛÝÑ ãä ÐäæÈå Ëã íÚæÏ ¡ Ëã íÓÊÛÝÑ Ëã íÚæÏ ¿ ÝÞÇá : æÏ ÇáÔíØÇä áæ ÙÝÑ ãäßã ÈåÐÇ .
dir="ltr">"Apakah salah seorang dari kita tidak berasa MALU kepada Tuhannya untuk memohon pengampunan dan kemudian kembali melakukannya lagi, dan balik kepada Allah lagi? Dia berkata : Syaitan mahukan kamu merasa begitu" WA.

Beritakan kepada dia, sifat2 yang sebegini merupakan mereka-mereka yang telah dikuasai oleh syatan. [lihat - Ibnu Jauzi, Talbis Iblis, bab akhir -- Tipudaya Iblis terhadap manusia agar memanjangkan angan-angan, ms 415, dar al-Hadith, 1995 ]

Sekian, wassalam

خيرالأمين