Benteras Aliran Sesat: Mujur Ada Majlis Agama.. Jabatan Agama Islam

Primary tabs

Benteras Aliran Sesat: Mujur Ada Majlis Agama.. Jabatan Agama Islam

Nabi Muhamad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir. Penutup para nabi. Selepasnya tidak akan ada lagi nabi, apatah lagi rasul.  Jika selepas nabi Muhamad s.a.w., sesiapa yang mendakwa dirinya nabi atau seseorang itu didakwa sebagai nabi, maka dakwaannya itu adalah jelas dusta.

Banyak aliran sesat yang wujud di dunia ini berasaskan dakwaan bahawa pengasas alirannya adalah nabi yang diutus tuhan. Contohnya seperti agama Ahmad Qadiyani (Ahmadiyah). Begitu juga guru Nanak yang mengasaskan agama Sikh.

Di negara kita tidak terkecuali ada yang mendakwa dirinya rasul utusan Tuhan. Ada yang mendakwa dirinya imam al-Mahdi dan sebagainya. Mujurnya, di Malaysia kerajaannya mengawal dan mengurus kegiatan agama melalui pihak berkuasa agama. Sebab itulah, penyebaran sebarang ajaran aliran sesat agak terkawal dan sukar untuk bergerak dengan subur.