SJ-13-0290 : Gelaran kepada Ali bin Abi Talib

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0290 : Gelaran kepada Ali bin Abi Talib

Assalamualaikum kepada panel al-ahkam.

Gelaran kepada Ali ialah karramallahuwajhah

solannya

1) siapakah yang memberi gelaran yang hebat ini ?
dan adakah hadis yang sahih daripada ulama yang muktabar untuk menyokong dakwaan ini?

2) adakah gelaran ini gelaran yang sampingan seperti Abu Bakar as-siddiq
umar al-faruq atau sebaliknya?

SJ-13-0290 : Gelaran kepada Ali bin Abi Talib

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Gelaran 'karrama Allah wajhahu' bukan khas untuk Ali r.a, tetapi digunakan juga untuk Sahabat Nabi SAW yang lain, seperti dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya: Aisyah r.a telah menggelar Fatimah karrama Allah wajhaha. (4/355)

Di dalam kitab " Tahzib al-Athaar" oleh Imam Tabari banyak menggunakan 'karrama Allah wajhah' untuk Umar r.a. Dan Ibn Taimiah pula pernah menggunakan 'karrama Allah wajhah' untuk Uthman bin Affan r.a (Bayan Talbis al-Jahmiah: 1/271).

Walaubagaimanapun, ulama tidak menggalakkan pengkhususan "karrama Allah wajhah" untuk Ali r.a sahaja.

Sila lihat jawapan masyaikh al-ahkam:
1. http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=9239
2. http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=30119
3. http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33380

Wallahu a3lam