SJ-13-0317 : newbies: ingin jadi protaz?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0317 : newbies: ingin jadi protaz?

:salam

saya ada beberapa pertanyaan di sini.harap sesapa yang tahu boleh membantu.saya mngikuti forum ni sejak 2003, tapi maleh nak mendaftar

1] saya pernah dengar, kita tidak beh membaca buku2 agama tanpa guru dan kalau tidak ada guru tu, maknanya kita berguru dgn syaitan? betul ka? saya rasa kalau sebegini, boleh melemahkan seseorang untuk mencari ilmu dengan pembacaan kendiri

2] saya berhajat untuk mendalami ilmu2 Islam.dan utk orang yg kurang Ilmu ni,apa buku-buku dan kitab-kitab yang sesuai utk dibaca untuk menjadi sehebat thtl, kapten hafiz dll yang dikatakan tak pernah mendapat pendidikan tinggi dlm bidang agama ...tidak kira la kitab rumi,jawi atau arab (sebab ada pakar rujuk bahasa) ...saya peruntukkan ~10K utk beli kitab

ilalliqa'

SJ-13-0317 : newbies: ingin jadi protaz?

:wassalam

al-Jawab:

Jika anda telah bersama al-Ahkam sejak 2003, kami agak hairan kerana isu-isu yg anda ajukan itu sebenarnya sudah pun di jawab beberapa kali, tapi bolehlah kita ulang semula.

1) Siapa yg baca buku sendirian tanpa berguru sebenarnya berguru dgn setan adalah kata-kata tokoh-tokoh tareqat. Ini kerana kenyatan ini tidak ditemui dalam kitab-kitab hadith atau atsar sahabat atau tabi'in. Ust Abdullah al-Qari (AQHAS) telah membuat penyelidikan yang mendalam mencari dari mana asal kata-kata ini dan akhirnya dia pun menemuinya dalam kitab-kitab tasawuf. Kenyataan berguru dgn syaitan ini bertujuan supaya orang ramai memasuki tareqat dan hendaklah ada guru yg mursyid atau tok syaikh tareqat itu utk memandu dirinya.
Baca buku ni merupakan anjuran alQur:an (IQRA') dan buku sudah terbukti sejak zaman berzaman merupakan teman terbaik manusia dan alat utama meningkatkan budaya ilmu. Bangsa yang paling banyak membaca merupakan antara bangsa yang termaju di dunia. Rumusan: membaca adalah suatu asasi dalam Islam dan alQur:an sendiri menggalakkan manusia supaya membaca. Cuma sejauh mana kemampuan seseorang membaca dan sejauh mana dia dapat mencari tajuk-tajuk yang baik dan sesuai. Cuma perlu ditekankan, membaca bukanlah satu-satu jalan, menjadi murid yakni berguru adalah langkah yang awal yg penting untuk membina kekuatan ilmu. Maka bukan semata-mata membaca, ia mesti digabungkan dgn metod perguruan, dan juga mendengar dan menonton.

2) Peruntukan RM 10K adalah suatu budget yg agak bagus dan sebuah mini-library sudah pasti berjaya anda bangunkan dalam rumah anda. Tak ramai orang yg bertuah memiliki budget sebanyak itu.

Jika anda masih lemah dalam melihat semula tasawwur Islam atau world view Islam atau definasi semula Islam untuk alaf baru, anda hendaklah membeli kesemua karya Mujtahid ulung semasa, Prof Dr al-Imam Yusof alQardhawi, lebih kurang 100 jodol. Buku2 al-Qardhawi akan membawa anda mengenali semula Islam yg sederhana dan taysir (mudah). Beliau mengarang berdasarkan module gurunya, Ustaz Hasan al-Banna seputar 20 usyul kefahaman.

Bila anda ingin mengenali akidah, maka dapatkan karya ulama-ulama bermanhaj salaf spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (akidah wasatiyah), Ibn Izz alHanafi (akidah Thohawiyah) dan syarah asma' wa sifaat oleh DR alQahthani. Buku al-Qardhawi ialah akidah salaf dan al-Iman wal Hayah, Tawakkal, Sabar, Taqdir, dan atTaubah. syarah akidah salaf oleh Ibn Uthaimiin, Ibn Baz, Syaikh Soleh alFawzan dan Fathul Majid syarh kitab Tawhid oleh alu Syaikh.

Bahagian AQ, mari berkenalan dgn AQ oleh alQardhawi, Usyul Tafsir oleh Ibn Uthaimiin, Mari berkenalan dgn AQ oleh Kapten Hafizfirdaus. Tafsir Ibn Kathir, mukhtasarnya

Bahagian al-Hadith: 20 perkara asas mengenai hadith oleh syaikh ali tantawi al-Ahkami, AQ dan Hadith rujukan tertinggi oleh al-Qardhawi, Uloom hadith oleh Prof Hasbi Siddiqiey, Syarah Sahih al-Bukhari oleh alHafidz (terjemahan Indon dah 20 jilid), Mukhtasar sahih Bukhari dan Muslim. Zaad al-Ma'ad Ibn Qayyim, syarh Hadith 40 anNawawi oleh Ibn Rajab alHanbali. silsilah alsahihah dna silsilah aldhaifah oleh al-Albani

Bahagian Fiqh: Sahih Fiqh Sunnah oleh syaikh abu Malik saudi, Fiqh Sunnah original dgn tahqiq pustaka darul Fath Cairo oleh sayyid sabiq, halal dan haram al-Qardhawi, syarh bulugh alMaram oleh alBassam (7 jilid, Indon) . Fiqh Islami wa adillatuh (7 jilid DBP) oleh azZuhaili, Fiqh alManhaji alSyafi'iy oleh al-Bughoo, Fiqh madzhaahib arba'ah alJaziri, Ibn Qudamah, al-Mughni oleh Ibn Qudamah, alMajmu' oleh syaraf Nawawi

Bah tasawwuf: Jilid 11 Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah (jahabersa), Ibn Qayyim, Madarij salikin, arRuh Ibn Qayyim, al-Fawaid Ibn Qayyim, buku Dr Aaidh al-Qarni (spt Laa Tahdzan),

Kitab2 Fatwa: Fatawa Mu'asirat alQardhawi, Yas-aluunak oleh al-Syurbasi, Fatwa Mutawalli Sya'rawi, Fatawa Lajnah Daimah KSA, Fatawa Syaikh Soleh al-Uthaimin, Fatwa Ben Baz, Fatwa alAlbani, Mausu'ah Fiqhiyah oleh Dr Zaidan, Fatwa al-Azhar (Athiyah Saqr), Fatawa alitantawi KSA

Kemudian jika anda ingin mendalami salah satu bidang di atas, maka budget hendaklah digunakan utk membeli sebanyak jodol dalam topik itu. Katakan anda minat Fiqh, maka kenalah beli sebanyak-banyak jodol, usyul fiqhnya, kawaidnya, dan pelbagai kitab yg membahaskan isu fiqh.

sekian