SJ-13-0369 : Keadilan Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0369 : Keadilan Islam

Salam,
Islam adalah agama yang adil bukan saja untuk penganutnya bahkan untuk penganut agama lain yang berpeluang menikmati keadilannya...

SOALAN:
1- Adakah islam membenarkan penganut agama lain membina rumah/tempat peribadatan mereka dikawasan pemerintahan/pentadbiran orang/syarikat/negara islam?

i- Jika jawapannya "YA" apakah dalil & contoh baginda saw/sahabat ra?

ii- Dalam proses mereka(non muslim) ingin membina/menyiapkan tempat beribadat itu bukankah mereka akan meminta kebenaran dari ketua disesuatu tempat itu n jika ketua nya adalah muslim apakah yang perlu dilakukan oleh ketua muslim itu?
Jika kita tidak membenarkan mereka akan nampaklah ketidak adilan islam itu bagi mereka dan jika kita membenarkan takut termasuk ke dalam bersubahat dalam perkara yang haram?Tolong jelaskan berdasarkan dalil n pendapat ulama dalam masalah ini?

2- Bolehkah kita memberi bantuan kepada non muslim berupa wang/pakaian/makanan untuk mereka menyambut perayaan agama mereka?

3- Menghadiri/menyertai perayaan agama lain memang dah jelas diharamkan oleh agama,jadi masalahnya sekarang mengucapkan merry christmas,selamat gawai dayak,selamat tahun baru cina,happy deepavali etc yang kita tahu itu semua adalah perayaan mereka yang mengandungi unsur kepercayaan agama mereka,jadi bagaimana pendapat yang paling tepat sebab jika kita melihat pendapat ulama ada yang mengharamkan,ada yang membolehkan dengan syarat..?Jika kita mengambil pendapat yang mengharamkan saya rasa lebih selamat untuk akidah kita tapi sekiranya kita hidup/bekerja yang disekeliling kita non muslim n muslim adalah 50:50 logik juga mengambil pendapat yang membolehkan..Namun berkenaan dengan dalil quran yang mereka gunakan iaitu;
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (QS. Al-Mumtahanah: 8)
"Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu. Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu."(QS. An-Nisa': 86)

definasi dalil ini agak luas bagi saya,sebab setakat pemahaman saya ini adalah untuk urusan muamalah kita dengan mereka tanpa mencampuri urusan agama mereka...Bagaimana pandangan panel terhadap pandangan saya n minta panel memberi jawapan atas soalan saya juga...

Jazakallahu khairan

SJ-13-0369 : Keadilan Islam

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Sebelum menjawab, perlulah diketahui bahawa Ulama telah berbeza pendapat dalam masalah yang diutarakan ini. Terdapat mereka yang melarang semua perbuatan ini dan terdapat mereka yang membenarkan.

Mereka yang membenarkan pula tidak mengharuskan pada semua keadaan dan individu. Maka hukum asalnya adalah tidak boleh, cuma dibenarkan di dalam beberapa keadaan dan hanya kepada sebahagian orang islam.

Quote:
1- Adakah islam membenarkan penganut agama lain membina rumah/tempat peribadatan mereka dikawasan pemerintahan/pentadbiran orang/syarikat/negara islam?

1. Soalan ini terlalu umum kepada semua kawasan orang Islam. Ulama yang membenarkan pembinaaan tempat ibadat orang bukan Islam membezakan antara satu kawasan dengan satu kawasan orang islam yang lain.

Imam Syafie (di dalam kitab al-Umm) dan Imam Ahmad membenarkan pembinaan tempat ibadat orang bukan islam di kawasan orang islam yang dibuka secara perdamaian antara orang islam dan orang bukan islam. Dan tidak boleh dibina di kawasan yang dibuka dengan kekerasan atau kawasan yang dibuka oleh orang islam pada awalnya.

Quote:
i- Jika jawapannya "YA" apakah dalil & contoh baginda saw/sahabat ra?

ii- Dalil mereka yang membenarkan adalah kerana orang islam wajib mematuhi syarat perjanjian antara mereka dengan orang bukan islam semasa membuka kawasan secara perdamaian. Dalam hadith Nabi SAW:

æóÇáúãõÓúáöãõæäó Úóáóì ÔõÑõæØöåöãú

" Dan orang Islam sentiasa berpegang dengan syarat-syarat mereka" (H.R Tirmizi dll dengan katanya: Hadith Hasan Sahih)

Quote:
ii- Dalam proses mereka(non muslim) ingin membina/menyiapkan tempat beribadat itu bukankah mereka akan meminta kebenaran dari ketua disesuatu tempat itu n jika ketua nya adalah muslim apakah yang perlu dilakukan oleh ketua muslim itu?
Jika kita tidak membenarkan mereka akan nampaklah ketidak adilan islam itu bagi mereka dan jika kita membenarkan takut termasuk ke dalam bersubahat dalam perkara yang haram?Tolong jelaskan berdasarkan dalil n pendapat ulama dalam masalah ini?

ii- Berdasarkan pendapat di atas, ketua kawasan itu tidak bersalah kerana dia menunaikan janji yang telah dibuat semasa perdamaian antara orang islam dan orang bukan islam yang meminta untuk membina tempat ibadah mereka.

Quote:
2- Bolehkah kita memberi bantuan kepada non muslim berupa wang/pakaian/makanan untuk mereka menyambut perayaan agama mereka?

2- Mereka yang membenarkannya tidak membenarkan secara mutlak. Sebagai contoh dibenarkan kepada individu muslim yang pernah dibantu oleh non muslim (yang tidak memusuhi islam), sebagai membalas balik perbuatan mereka. Dan Ia tidak dibenarkan jika masih ada orang Islam yang memerlukan bantuan tersebut.

Dalilnya adalah (QS. Al-Mumtahanah: 8) dan (QS. An-Nisa': 86) tersebut.

Quote:
3- Menghadiri/menyertai perayaan agama lain memang dah jelas diharamkan oleh agama,jadi masalahnya sekarang mengucapkan merry christmas,selamat gawai dayak,selamat tahun baru cina,happy deepavali etc yang kita tahu itu semua adalah perayaan mereka yang mengandungi unsur kepercayaan agama mereka,jadi bagaimana pendapat yang paling tepat sebab jika kita melihat pendapat ulama ada yang mengharamkan,ada yang membolehkan dengan syarat..?

3. Mereka yang membenarkan ucapan tahniah kepada non muslim semasa perayaan mereka tidak membenarkan secara mutlak. Sebagai contoh dibenarkan kepada individu muslim yang terlalu rapat dengan seorang non muslim sehingga jika dia tidak mengucapkannya mungkin menyebabkan non muslim itu bersangka buruk terhadap Islam, menjauhkan Islam dan keadaan bertambah buruk.

Hukum ini juga telah dijelaskan dalam artikel:
http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44641

Rujukan:
- al-Umm oleh Imam Syafie
- Ahkam Ahli az-Zimmah oleh Ibn al-Qayyim

Wallahu a3lam