SJ-13-0419 : Adab2 tido and masjid??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0419 : Adab2 tido and masjid??

:salam

Actually, saya masih tidak jelas keputusan tentang hal 'melunjur kaki kearah kiblat tu.

Kepada sahabat yang jelas dan faham tentang hal ini diharap dapat membantu menjelaskan tentang perkara ini seberapa terdaya.

Oleh kerana ilmu saya terlalu cetek, saya ingin membawakan beberapa hujjah dari seseorang tentang adab tidur yang saya rasa berkait rapat dengan hal melunjur kaki kearah kiblat yang mengelirukan ini.

Kepada yang faham, minta tolong jelaskan dan sahkan hujjah2 berikut ini :

Telah diriwayatkan dari Imam Al-Tarmizi, ertinya dari Abdullah Bin Amr ra. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda
“Sampaikan dari aku walaupun satu ayat dan khabarkanlah cerita mengenai Bani Israel dan jangan merasa berat (jangan disembunyikan), dan barang siapa berdusta atas (namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka”.

Bukti-bukti Dari Kitab dan Buku Rujukan

a. Dari Kitab Siarussalikin fi Tarikah AsSaddat AsSaufiah, yang diterjemah dari kitab AlBab Ihya’ Ulumuddin Al’alim Al’ulama’ Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad AlGhazali. Oleh Tuan Haji Yang Soleh lagi Alim Sheikh ‘Abdul Samad AlFalimbani Rahimahullah Hi Taala. Juzu’ Awal, Muka Surat 230, Baris ke11 dari atas, Pada Adab Yang Ketujuh.
“(Dan Adab yang ketujuh) Sunnah ia tidur menghadap kiblat, bermula menghadap kiblat itu atas dua bahagi. Pertama, seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas belakangnya dan adalah mukanya dan dua tapak kakinya itu kepada kiblat itu. Kedua, menghadap kiblat seperti mayat di dalam kubur iaitu dijadikan akan lambungan yang kanan itu ke bawah dan adalah mukanya dan dadanya itu menghadap kiblat. ”

b. Kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali juga menerangkan tentang adab tidur yang sama seperti di atas. Cari bab tidur.

c. Dalam Kitab RiadusSalihin, serta Syarahnya Dalilul Falihin iaitu dalam bab menceritakan boleh tidur dalam masjid, lalu diterangkan lagi Nabi SAW tidur di dalam masjid, tidur terlentang bertindih kaki sama kaki. Lalu tidak di cerita secara terperinci sama ada kaki menghadap kiblat atau tidak. Lalu dalam syarahnya, Dalilul Falihin, syarah ke atas Riadus Salihin ini bagi Sheikh Ahmad bin ’Alan AlMakki AsSyafie AlAsya’ari.
“Adapun bentuk Nabi tidur itu arahnya sebagaimana terlentangnya dalam Bab Sembahyang (Solah). Di dalam bab Sembahyang, jika tidak berkuasa sembahyang berdiri, sembahyanglah duduk. Jika tidak berkuasa sembahyang duduk, sembahyanglah mengiring. Jika tidak berkuasa mengiring, sembahyanglah terlentang. Dengan cara, diletakkan bantal di bawah kepala supaya muka, dada dan tapak kaki menghadap Kaabah.”

d. Kitab Maraqil Ubudiah, m/s 41. (Sila rujuk kitab ini)

e. adke dalil melarang kita bercakap2 dlm masjid? setahu sy dalilnya daif dan maudhu. sy ingin benar mengetahui dalil tersebut.

SJ-13-0419 : Adab2 tido and masjid??

ÈÓã ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

tidak menjadi kesalahan untuk melunjurkan kaki ke arah kiblat, sesiapa yang hendak mengharamkannya perlu membawa dalil. kerana asal dalam masalah ini harus.

kemudian kitab yang disenaraikan oleh saudara di atas jelas menyatakan : "seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas belakangnya dan adalah mukanya dan dua tapak kakinya itu kepada kiblat itu".

dalam dalil al-Falihin yg saudara bawakan: Dengan cara, diletakkan bantal di bawah kepala supaya muka, dada dan tapak kaki menghadap Kaabah.”

jadi apakah yang anda masih keliru???

tidakkah orang yang solat secara menelentang kakinya itu dihadapkan ke arah kiblat..saya rasa masalah ini sudah jelas.

2- sekiranya bercakap di dalam masjid di larang. Adakah seorang yang masuk masjid perlu menjadi orang yang bisu, bagaimanakah dia ingin menjawab azan dan sebagainya.

Dobolehkan seorang yang berada di dalam masjid untuk bercakap termasuklah hal-hal dunia dan selainnya yang dibenarkan walaupun membawa kepada ketawa selagi mana ianya mubah.

Berdalilkan hadis Jabir bin Samurah dia berkata:

ßÇä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã áÇ íÞæã ãä ãÕáÇå ÇáÐí Õáì Ýíå ÇáÕÈÍ ÍÊì ÊØáÚ ÇáÔãÓ ÝÅÐÇ ØáÚÊ ÞÇã¡ æßÇäæÇ íÊÍÏËæä ÝíÃÎÐæä Ýí ÃãÑ ÇáÌÇåáíå ÝíÖÍßæä æíÊÈÓã

Nabi s.a.w. tidak bangun dari tempat solat fajarnya sehinggalah naiknya matahari, apabila matahari naik Nabipun bangun, dan mereka bercakap-cakap perihal jahiliyyah lalu mereka ketawa dan Nabi pun tersenyum.. (Muslim)

Wallahu a'lam