SJ-13-0502 : Cincin Platinum

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0502 : Cincin Platinum

:salam

Apakah hukum menggunakan cincin platinum bagi lelaki dan juga menggunakan pinggan-mangkuk yg dibuat drp paltinum? Adakah sama dgn hukumnya dgn Emas?

:wassalam

SJ-13-0502 : Cincin Platinum


Yang diharamkan ke atas lelaki ialah memakai cincin daripada emas. Selain daripada emas, hukum asalnya adalah halal, termasuklah platinum. Kerana platinum bukan emas. Walaupun kadangkala platinum juga digelar sebagai emas putih, namun 'penamaan' ini tidak memberi kesan pada hukumnya, malah penggunaan nama emas putih bagi logam ini juga tidak tepat.

Fatwa-fatwa kontemporari juga menaskan keharusan bagi lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada platinum. Seperti: Fatwa Lajnah Daemah Arab Saudi (no: 19298), Fatwa IslamWeb.Net (no: 2033), dan Fatwa Syeikh Utsaimin.

Begitu juga pinggan mangkuk yang diperbuat daripada platinum, ia tidak dihukum sama dengan pinggan mangkuk emas dan perak. Kerana ia bukan emas dan perak.

Wallahu A'lam.