SJ-13-0547 : soalan tentang bumi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0547 : soalan tentang bumi

adakah bumi ini berpusing atau tidak ?dan betulkah manusia boleh sampai di bulan ?berpandukan al-quran dan sunnah.

SJ-13-0547 : soalan tentang bumi

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Bumi, matahari dan bulan bergerak mengikut paksi mereka. Ini sejajar dengan firman Allah swt :-

æóåõæó ÇáøóÐöí ÎóáóÞó Çááøóíúáó æóÇáäøóåóÇÑó æóÇáÔøóãúÓó æóÇáúÞóãóÑó ßõáøñ Ýöí Ýóáóßò íóÓúÈóÍõæäó
dir="ltr"> “Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” [surah al-Anbiya’ : 33]

áóÇ ÇáÔøóãúÓõ íóäúÈóÛöí áóåóÇ Ãóäú ÊõÏúÑößó ÇáúÞóãóÑó æóáóÇ Çááøóíúáõ ÓóÇÈöÞõ ÇáäøóåóÇÑö æóßõáøñ Ýöí Ýóáóßò íóÓúÈóÍõæäó
dir="ltr"> “(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.” [surah Yassin : 40]

Prof Dr Abdul Hakam bin Abdul Latif Al-Sa’idi dari Universiti al-Azhar menjelaskan bahawa “Allah yang Maha Besar menjadikan system cakerawala ini begitu tepat dan canggih. Matahari, Bumi, Bulan dan planet2 yang berkaitan dengannya terapung di ruang angkasa dengan KELAJUAN dan ARAH yang telah ditetapkan”.

Dr Ahmed Adam menjelaskan bahawa Allah telah memberi barakah kepada manusia dengan bergeraknya bumi diatas paksinya, lantas memberi kita siang dan malam. Jika bumi ini tidak berputar, nescaya separuh daripadanya akan menjadi sangat sejuk dan bercahaya, dan sebahagian lain pula sangat sejuk dan gelap secara total. Pertukaran malam dan siang yang kita sering tidak ambil berat merupa satu kurniaan dari Allah yang Maha Besar. Ini membawa kepada HARMONI dan IMBANG dalam hidup kita, dimana pada waktu siang digunakan untuk mencari reski Allah dan malam dijadikan waktu rehat dan mengembalikan tenaga.

Saintis Islam, al-Biruni pernah membincangkan putaran bumi di paksinya.

------------
Bolehkah manusia sampai ke bulan?

Disana tidak adalah larangan samada didalam hadith atau al-Quran mengenai perkara ini. Berikut saya petik perbincangan didalam forum umum yang bertajuk Dalil Space Exploration yang di tulis oleh Ustaz Bad :-

Quote:
Perlu ditegaskan, tidak ada dalam AQ suatu nas yg. sorih yg. menghalang manusia ke bulan atau ke planet2 lain. Begitulah juga tidak ada nas yg. menyentuh soal manusia boleh sampai ke planet2 tersebut (Fatawa Mua'sarah, hlm. 256).

Apa yg. pasti, hanya syaitan sahaja yg. Allah nyatakan secara jelas tidak diizinkan untuk menembusi langit (Surah al-Hijr : 16 - 17). Ini kerana, langit adalah tempat yg. suci dan Allah akan peliharanya daripada dicemari oleh kekotoran syaitan...Caranya, dihalau mereka itu dgn. hunjaman panah api yg. bernyala-nyala (Surah as-Saafat : 6 - 10).

Adapun bagi manusia, tidak ada sebarang nas yang sorih dari AQ menghalang mereka sampai ke langit asalkan manusia mempunya 'al-Sultoon' (Surah ar-Rahman : 33). Perintah utk. memerhatikan keagungan ciptaan Allah di langit dan di bumi mmg. banyak kita temui dlm. AQ antaranya Surah Yunus ; 101, Surah al-A'raf : 185 dan lain-lain lagi...

Kesimpulannya, tidak ada hikmahnya kita memutuskan dan menetapkan dgn. hukum larangan dan tegahan terhadap sesuatu perkara yg. tidak ada nas qat'ie yg. melarangnya (Fatawa Mua'sarah : 259).

Sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33902&start=210

Sekian, wassalam

خيرالأمين