SJ-13-0569 : Dosa ibu bapa boleh berpindah pd anak?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0569 : Dosa ibu bapa boleh berpindah pd anak?

assalamualaikum wbt panel ahkam yg dirahmati.

sering kita dengar bahawa kesalahan2 ibu bapa semasa muda akan menyebabkan anak2 mereka juga akan bertinda sedemikian sbg balasan.
sbg cth jika kita sering melawan kata ibu, nnti anak kita kelak juga akan melawan kata kita.

kedua,
jika perhubungan sebelum kahwin itu di jaga, tiada maksiat dan diberkati. nnti kelak akan melahirkan anak2 yg soleh atau solehah.

soalan sy.
apakah pandangan2 itu semua berasas?
sy tidak fhm bagaimana kesalahan yg dilakukan oleh kita akan berpindah pd anak2 kita yg akhirya menyebabkan juga anak2 kita menjadi dosa disbbkan perbuatan kita?

soalan kedua.
apakah maksud dosa tidak berpindah?
jika kita mengajar seseorang berbuat jahat, kemudian org itu akan mengajar anak2nya berbuat jahat dan berlaku seterusnya..
apakah yg mengajar tu akan terus berterusan mendapat dosa?

sekian.
syukran.

Re: Dosa ibu bapa boleh berpindah pd anak?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Soalan1 - Setiap orang yang melakukan dosa akan menanggung sendiri dosa yang mereka lakukan. Perbuatan jahat ibu-bapa tidak akan 'berjangkit' kepada anaknya, dsb. Sejarah telah memperlihatkan bahawa ramai dikalangan ulama'-ulama' dimana ibu bapa mereka tidak beriman, akan tetapi mereka tetap beriman. Lihat sahaja Nabi Muhammad :saw, Paman-pamannya dan kaumnya merupakan kaum kuffar yang tidak beriman kepada Allah swt. Malahan mereka merupakan insan yang hebat disini makhluk dan Allah swt.

Namum demikian, perbuatan tidak baik ibu bapa akan memberi kesan kepada anak-anak dari aspek pendidikan, kerana anak-anak ini mencontohi perbuatan ibu-bapa mereka. Bapa merupakan pemimpin kepada keluarganya, sebagaimana Nabi :saw :-

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
"Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinan itu.." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Oleh itu, ibu-bapa hendaklah menunjukkan contoh yang baik dan mendidik anak-anak mereka agar tidak menjadi bahan bakaran api neraka. Firman Alah swt :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" [surah al-Tahrim : 6].

Pada prinsipnya, dosa seseorang itu tidak boleh dipikul oleh orang yang lain sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
"Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); "[Surah al-An'aam : 164].

Soalan 2 - Surah al-An'aam : 164 jelas menunjukkan bahawa seseorang itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

Persoalan mengenai perbuatan jahat yang ajar kepada seseorang, dimana seseorang itu terus melakukannya. Persoalan ini jelas bahawa seseorang yang melakukan amalan jahat, dan ada pengikutnya, maka dia juga mendapat saham perbuatan jahat pengikutnya. Begitulah disebaliknya kepada amalan perbuatan baik. Sabda Nabi :saw :-

مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
"Barang siapa membuat satu rancangan yang baik dalam Islam maka ia akan mendapat pahala rancangannya itu dan pahala orang-orang yang mengerjakannya sesudah ia memulakannya, dengan tidak mengurangkan pahala orang-orang yang mengerjakannya sedikit pun. Dan barang siapa membuat satu rancangan yang jahat dalam Islam maka ia akan menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang melakukannya sesudah ia melakukannya, dengan tidak mengurangkan dosa orang-orang yang melakukannya sedikitpun" [Hadith Riwayat Muslim].

Namum demikian, jika seseorang itu telah bertaubat, dia tidak lagi dibebankan dengan perbuatan dosa tersebut. Berkata Syeikh Ibn Utsaimin rh :-

الرجل تاب . وإذا تاب عفى الله عن كل ما يتعلق بهذه المعصية
"Zahir pada saya bahawa dia tidak lagi memikul beban dosa-dosanya kerana sesungguhnya dia telah bertaubat. Dan apabila seseorang itu bertaubat, Allah akan mengampunkannya setiap dosa yang berkaitan dengan maksiat tersebut" [al-Liqa' al-Shahri].

Sekian, wassalam.

خيرالأمين