SJ-13-0581 : Bahasa Arab Online..Web utk letak tanda baca?

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0581 : Bahasa Arab Online..Web utk letak tanda baca?

:salam

Sy dlm proses belajar bahasa Arab di web madinaharabic.com atas cdangan web darulkautsar.net .Utk berforum dlm forum bahasa Arab sy juga telah gunakan google translate tp masalahnya sy tidak tahu bgaimana membaca bhasa Arab di google translate kerana ianya tiada tanda baca baris.Lgpn sy tidak biasa dgn bhasa Arab itu menyebabkan sy tidak tahu membacanya tidak spt bhasa Jawi yg telah diketahui bunyi bahasa Melayu.

Kpd otai2 n ahli2 al-ahkam sekalian..taukah web utk bila kita copy paste perkataan Arab di textbox atau areabox ianya akan tukar letakkan tanda baca pd perkataan itu..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Belajar Bahasa Arab Online..Web utk letak tanda baca?

:salam

Setakat pengetahuan kami , tidak terdapat web yang menyediakan perkhidmatan meletakkan tanda baris pada perkataan bahasa Arab.

Apa yang dapat kami sarankan ialah , pelajarilah bahasa arab itu dari akar umbinya....iaitu mempelajari ilmu tatabahasa bahasa tersebut.Ini kerana bila mana saudara mempelajari ilmu tatabahasa Arab , insya Allah setiap patah perkataan tersebut akan dapat dibaca dengan baik walaupun tanpa mempunyai baris @ tanda bacanya.

Begitu juga dalam mempelajari bahasa Arab , hendaklah banyak menghafaz kalimah2 @ perkataan bahasa arab yang mana dengan banyak menghafaz perkataan2 tersebut juga akan memudahkan saudara membaca ayat / perkataan bahasa arab yang tidak dibaris.

Semoga saudara dapat mempelajari dan memahami bahasa Al-Quran ini dengan baik...insya Allah.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-13-0581 : Bahasa Arab Online..Web utk letak tanda baca?

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah,

Sebagai tambahan, Saudara boleh menggunakan tashkeel.googlelabs.com untuk membantu saudara meletakkan tanda baca bagi text arab.

http://tashkeel.googlelabs.com/

Sekian.

Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-13-0581 : Bahasa Arab Online..Web utk letak tanda baca?

:salam

Jazakumullahu khairal jazak ya Syaikh Izrail atas perkongsian maklumat tersebut.Semoga ia dapat memberikan manfaat yang berguna bagi penuntut2 Ilmu...in sya Allah..

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com