SJ-14-0007 : tafsir surah Al-Anfaal Ayat Ayat 65

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0007 : tafsir surah Al-Anfaal Ayat Ayat 65

Assalammualaikum.
Ayat 65 Al-Anfaal

Wahai Nabi , perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang dari golongan yang kafir disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti**.

**Yakni disebabkan mereka tidak beriman dan tidak megerti akan perkara-perkara yang membawa kepada mencapai keredhaan Allah Azza wa Jalla yang mengurniakan kemenangan

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-14-0007 : tafsir surah Al-Anfaal Ayat Ayat 65

Din, belilah kitab tafsir satu set.

Tafsir Ibn Kathir: AQ 8:65

Allah menghiburkan orang mukmin, walaupun ketika Badar, jumlah tentera mereka sedikit dan peralatan perang yg minimal, namun jika ada 20 orang yang sabar dapat mengalahkan 200 orang musuh (1 dapat tewaskan 10 musuh!!) (Tafsir Ibn Abi Hatim, 5/9143, juga sahih Muslim # 1901). Ibn Mubarak memetik tafsir Ibn Abbas, ketika turun ayat ini, maka tentera Islam merasa berat dan sukar, lalu Allah meringankan beban mereka kerana berdepan dgn tugas getir (satu kena lawan 10), maka ayat berikut menasakhkan bebanan ini, di mana 100 tentera Islam boleh mengalahkan 200 orang musuh (1 cuma kena lawan dua musuh). Jika musuh lebih dari itu maka mereka tidak wajib memerangi musuh. (sahih Bukhari # 4652 , 4653)

Ayat ini penting dalam perbahasan rukhsyah dan berubahnya fatwa kerana berubahnya zaman atau disebabkan kedha'ifan atau kelemahan umat Islam. Dr Qardhawi membahaskan ayat ini dalam kitabnya awamil assa'ah wal almurunah fi alsyari'ah (keluasan dan keanjalan dalam syari'ah)
sekian

Saifuddin (not verified)
SJ-14-0007 : tafsir surah Al-Anfaal Ayat Ayat 65

Insyaallah ana cuba beli tafsir fi zilalil quran Syed Qutub, buat masa ni budget kurang baru kena compaun RM300 kemalangan/berlanggar kereta. Ana memang suka beli buku, cuma budget je kurang.