SJ-14-0079 : hadis mengikut/meninggalkan imam

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0079 : hadis mengikut/meninggalkan imam

mlm kelmarin sebelum bermulanya solat sunat terawih disebuah surau. ada orang kuat surau itu membaca satu hadis secara umum, begini katanya "diriwayatkan dari bukhari dan muslim, orang yg meninggalkan imam untuk solat witir yakni selepas selesai terawih, maka sia-sialah pahala terawihnya itu" apa benarkah ada hadis ini didalam kitab hadis bukhari dan muslim? seperti ada yang tidak kena, begitu keras sekali hukumnya. mohon sedikit pencerahan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-14-0079 : hadis mengikut/meninggalkan imam

al-Jawab:

Tidak benar ada riwayat demikian dalam sahih Bukhari-Muslim. Ini kerana solat tarawih dan witr tidak dilaksanakan secara resmi (berjama'ah di mesjid) hinggalah di era pemerintahan Umar al-Khattab ra. Jika benar ada hadith sedemikian sudah tentu para sahabat sudah melaksanakan pada zaman lebih awal. Minta orang kuat itu membuktikan dakwaannya. Jika tidak tidak dia sengaja menempah tiket di neraka kerana berdusta atas nama RasuluLLah saw. sekian