SJ-14-0178 : Uslub Ayat Quran, dan Cincin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0178 : Uslub Ayat Quran, dan Cincin

Assalamualaikum..
Saya ada 2 persoalan;

1) Knp ayat Quran tentang sesuatu perintah kadangkala dtg dalam fi'il madhi? cthnya ayat ke 6 surah al-Maidah. Knp digunakan qumtum. Lg 1 tentang ayat 98 surah al-Nahl. Knp digunakan qara'ta. Sdgkan kita baca isti'azah sebelum baca al-Quran. Ada penjelasan tak tentang 2 ayat ni?

2)Sunnah memakai cincin bagi lelaki ialah pada jari kelingking sebagaimana yg disebut dlm hadis kan, bukan jari manis. Adakah sunnah ini juga tertakluk pada perempuan? Misalnya cincin kahwen biasanya org belikan ikut saiz jari manis perempuan. adakah bila kita beli saiz jari kelingking tu termasuk dalam sunnah.

SJ-14-0178 : Uslub Ayat Quran, dan Cincin

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab, dan memahaminya mestilah dengan cara uslub Arab. Memang mengikut zahir yang kita belajar Bahasa Arab, fiil madhi untuk yang lepas, mudharik untuk sekarang dan akan datang.

Tetapi, antara uslub Arab juga ialah penggunaan fiil madhi dan ditaqdirkan dengan makna 'hendak melakukan'.

Contohnya: Ayat Maidah: 6.

Terjemahan secara zahir: Apabila kamu telah bangkit untuk sembahyang, maka....
Tetapi maksudnya ialah: Apabila kamu hendak bangkit untuk sembahyang, maka....

Contoh lain: Al-Nahl: 98.

Terjemahan secara zahir: Apabila kamu telah baca Quran, maka istiazahlah....
Maksud sebenar: Apabila kamu hendak baca Quran, maka istiazahlah...

Penggunaan uslub ini masyhur dalam Bahasa Arab, dan dalam Quran sendiri.

2) Berkenaan cincin untuk wanita, boleh dipakai pada mana-mana jarinya.

Kata Imam Nawawi, "Orang Muslimin ijmak bahawa sunnah bagi lelaki memakaikan cncin pada jari kelingking. Manakala wanita pula boleh memakai cincin-cincin pada jari-jarinya". (Syarah Sahih Muslim 14/71).