SJ-15-0006 : Asya'irah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0006 : Asya'irah

Assalamualaikum

Saya banyak mendengar ceramah berkenaan masalah pegangan ahlul sunnah yang sebenar. Dalam satu ceramah ustaz menyatakan golongan asyairah (sifat 20) mempunyai unsur2 muktazilah.

manakala seorang ustaz lagi bukan sekadar menyatakan sifat 20 salah malah terkeluar daripada ajaran islam yang sebenar kerana mmg muktazilah sudah keluar daripada Islam

tetapi saya juga terbaca bahawa ulama2 besar Islam yang banyak orang ikut bermanhaj asyairah spt Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Fakhruddin ar-Razi.

soalannya

1) mengikut neraca quran dan sunnah, adakah golongan asyairah ini terkeluar daripada islam yang sebenar?

2) benarkah ulama2 tersebut termasuk golongan asya'irah atau adakah mereka menukar manhaj mereka pada fasa akhir krhidupan mereka.?

3) adakah ini hanyalah propaganda golongan yang mempertahankan aqidah sifat 20 dengan menyatakan sedemikian untuk mendapat sokongan masyarakat Islam.?

SJ-15-0006 : Asya'irah

:wassalam

al-Jawab:

1) Golongan Asya'irah ini tidak terkeluar dari ASWJ kerana tiada bukti mereka menafikan dua kalimah syahadah atau menafikan apa jua yang disepakati dalam rukun iman dan Islam. Fatwa resmi kerajaan arab saudi, fatwa lajnah daimah (3/220, no 6066) menyatakan, faham asya'irah tidak terkeluar dari ASWJ tapi mereka tersalah dalam cara berakidah. Kesalahan itu tidak sampai mengeluarkan mereka dari glongan besar ASWJ.

2) Tokoh yang dinisbahkan sebagai pendiri madzhab Asya'irah telah kembali rujuk kepada akidah salaf dengan ujudnya kitab terakhir Imam Asya'ari spt Maqalat Islamiyin dan al-Ibanah. Imam alGhazzali juga dikatakan pada oenghujung usianya juga telah rujuk kepada akidah salaf. Kitab terakhir al-Ghazzali ialah Iljam al-'Awwam. Demikian kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Manakala yang lain spt Imam al-Haramain dan ar-Razi, memang tokoh asya'irah yang terkenal spt al-Ghazzali. alHafiz Ibn Hajar juga dikatakan beraliran asya'irah tapi dia lebih dikenali dalam bidang hadith bukan akidah. Rumusan: walau tokoh2 yg anda katakan itu dinisbahkan kepada madrasah asya'irah, ia tidak mencacatkan kedudukan mereka sebagai tokoh turath Islam (tokoh khazanah ilmu Islam). Mereka meninggalkan karya2 yg agung dan hebat dan boleh kita ambil ilmu2 mereka.

3) Mungkin juga. Setiap manhaj, aliran, madzhab dan hizb atau organisasi akan cuba mempopularkan aliran dan manhaj mereka sedaya mungkin. Kalau tidak ada usaha yg gigih demikian, masakan madzhab syafi'iy akan kekal hidup sampai sekarang. sedangkan madzhab zahiri sudahpun berkubur kerana tiada penaja, dana dan generasi penerus. Kekadang golongan yg ekstrim akan menggunakan apa jua cara utk menegakkan aliran dan manhj tsb. WA