[BARU TERBIT] Antara Sunnah Dan Bid'ah Oleh Syeikh al-Qaradhawi

Primary tabs

Tajuk buku: Antara Sunnah Dan Bid'ah
Penulis: Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Penterjemah: Muhammad Abdul Kadir Bin Sahak
Halaman: 102m/s
Harga: RM7.90 (SM) / RM8.90 (SS)
Kod: PJ-2135

Al-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud: Jalan (cara) yang ditempuh, samada cara itu terpuji atau tercela. (Dari sudut penggunaan bahasa ini) menunjukkan adanya al-Sunnah al-Hasanah (Sunnah yang terpuji) dan al-Sunnah al-Sayyi-ah (Sunnah yang tercela). Maksud dari sudut bahasa ini bertepatan dengan maksud sunnah di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya:

مَنْ سَنَّ فِيْ الإسْلامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعُدَهُ، مِنْ غَيْرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أجُوْرِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِيْ الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang memulakan satu jalan yang baik di dalam Islam, maka baginya pahala perlakuannya dan pahala sesiapa yang mencontohinya selepas itu, tanpa dikurangi pahala orang yang mencontohinya itu sedikitpun. Dan sesiapa yang memulakan satu jalan yang buruk di dalam Islam, untuk dia dosa perlakuannya dan dosa sesiapa yang mencontohinya selepas itu, tanpa dikurangi dosa orang yang mencontohinya itu sedikitpun.”

Maka al-Sunnah di dalam hadith ini digunakan berdasarkan konteks bahasa, iaitulah sesiapa yang menempuh sesuatu jalan yang tertentu, samaada terpuji atau tercela. Maka sesiapa yang membuat contoh yang baik, dia akan mendapat pahala perbuatannya dan pahala orang lain yang mencontohinya. Sesiapa yang membuat contoh yang buruk, dia akan mendapat dosa perbuatannya dan dosa orang lain yang mencontohinya sehinggalah ke hari kiamat.

 

Al-Bid’ah seperti yang diberikan pengertiannya oleh seorang imam, seorang peneliti, seorang yang mahir Fiqh dan Usul, Abu Ishak al-Syatibi:

طَرِيْقَةٌ فِيْ الدِّيْنِ مُخْتَرَعَةٌ، تٌضَاهِيْ الشَّرِيْعَةَ يُقْصَدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا الْمُبَالَغَةُ فِيْ التَّعَبُّدِ لِلَّهِ سُبْحَانَهُ

Maksudnya: “Satu jalan dalam agama yang dicipta (direka), menyerupai syariat, dimaksudkan menempuh jalan itu adalah untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah yang maha suci.”

Inilah pengertian yang lebih benar dan kukuh dalam persoalan bid’ah. Ia merupakan pengertian yang cermat dan bersifat Jami’ dan Mani’ seperti yang diperakui oleh para ahli bahasa.



Untuk info pembelian: https://www.facebook.com/buku.agama.online?sk=notes

SunnahBidah