SJ-15-0013 : apa pendapat al-ahkam.net mengenai syiah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0013 : apa pendapat al-ahkam.net mengenai syiah?

salam kepada ahli2 pane feqh disini.

soalan ini adalah respon saya dari ISLAMUNTUKSEMUA.
jadi adakah akidah syiah ini bermasalah?
tapi mengikut ilmu saya ,syiah adalah mazhab kelima islam.apakah benar?l

SJ-15-0013 : apa pendapat al-ahkam.net mengenai syiah?

:wassalam

al-Jawab:

1. Akidah syi'ah telah disahkan bermasalah berdasarkan kitab-kitab utama mereka dan hasil kajian ulama-ulama terkemuka spt Imam Ibn Taymiyah dalam Minhaj al-Sunnah. Antara akidah Syi'ah yang paling bermasalah ialah konsep Imamiah ahlil bayt (12 Imam) yang maksum dan masih menerima wahyu. Susulan dari konsep Imamiah ini, lahirlah kebencian kepada para sahabat RasuluLlah saw yang lain terutama kepada khulafa' arRasyidin dan isteri-isteri Nabi saw terutama Aisyah dan Hafshah ra. Akidah Imamiah menetapkan kegagalan misi nubuwwah, di mana Nabi saw gagal mendidik generasi sahabat kerana para sahabat di sisi syi'ah adalah khianat dan tidak amanah, sedangkan umat Islam wajib dipimpin oleh keturunan Nabi (ahlil bayt) yang terus menerus menerima wahyu. Doktrin akidah syi'ah bermula dgn gerakan politik Farsi akhirnya bertukar menjadi akidah batil yang meruntuhkan institusi Nubuwwah dan kegagalan dakwah Muhammad saw.

2. Sangkaan syi'ah adalah madzhab ke5 Islam.

Sangkaan ini berpunca dari tindakan Syaikh Mahmood Syaltut, mantan Syaikul Azhar (tahun 1960'an) menyenaraikan 7 madzhab yang diperkenalkan di al-Azhar:

1. Hanafi
2. Maliki
3. Syafi'iy
4. Hanbali
5. Zahiri (Daud Zahiri alKufi)
6. Zaidiyah (Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin)
7. Imamiah (Imam 12 di Iran atau Ja'afariyah)

Beliau akhirnya bersama syaikh Ali al-Sais menerbitkan kitab 7 madzhab.
Yang sebenarnya, ia adalah madzhab dalam kajian perbandingan Fekah bukan Akidah. Dalam Fekah, Imamiah tidak membawa masalah ketara kecuali dalam beberapa hukum spt Nikah Mut'ah.

Madzhab ke 5 Islam menjadi perdebatan adalah dalam masalah Fekah Islami (bukan Akidah), apakah ia madzhab Daudi (Zahiri), Zaidiyah atau madzhab Ibn Taymiyah. Yang pasti ia bukan Imamiah Iran. Yang benar, madzhab fekah dalam Sunni adalah banyak bukan terhad kepada 5 sahaja. Tapi yang terbesar dan paling berpengaruh mungkin 4 atau 5 sahaja.

sekian