SJ-15-0025 : Imam Syaukani seorang zaidiyyah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0025 : Imam Syaukani seorang zaidiyyah?

assalamualaikum syuyookhuna panelis2 al-ahkam.net

saya ingin mendapatkan kepastian adakah benar Al-Imam As-Syaukani rh adalah seorang yg bermazhab Syiah Zaidiyyah, kerana beberapa kali saya mendengar dari tullabul 'ilm di timur tengah ni yang mendakwa sedemikian.

mohon penjelasan.

SJ-15-0025 : Imam Syaukani seorang zaidiyyah?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Dinisbahkan Imam Syaukani kepada mazhab Zaidiyyah kerana beliau memulakan pengajian feqah mengikut mazhab Zaidiyyah (nisbah kepada Zaid bin Ali bin Hasan). Malahan kefaqihan beliau dalam feqah Zaidiyyah sangat terserlah dan mengatasi fuqaha zamannya.

- Kemudian, kerana manhaj Imam Syaukani adalah tunduk kepada dalil dan hujjah, banyak pendapat2 feqah beliau tidak bersamaan dengan mazhab Zaidiyyah. Beliau mula mentarjih pendapat2 yang dilihatnya kuat, sehingga kitab feqah beliau 'Al-Sail al-Jarrar' langsung tidak mewakili mazhab Zaidiyyah.

- Pengikut mazhab Zaidiyyah pada zamannya mula melenting dan marah kepadanya. Semakin kuat kemarahan mereka, semakin kuat pegangan Imam Syaukani kepada dalil dan hujjah. Kemudian beliau mengarang sebuah risalah bertajuk 'al-Qaul al-Mufid' yang mencela dan mengharamkan taqlid. Akhirnya Imam Syaukani dituduh mahu menghancurkan mazhab feqah Ahli Bait.

- Mereka yang biasa membaca karangan2 Imam Syaukani tahu bahawa manhaj beliau adalah tunduk kepada dalil dan tidak boleh taksub kepada satu-satu mazhab.

- Dalam aqidah juga, kebanyakan pendapat Imam Syaukani menepati Ahli Sunnah wal Jamaah, walaupun dalam beberapa masalah beliau cenderung kepada takwil nas-nas sifat.

Wallahu A'lam