SJ-16-0004 : beza hukum adat dan akal

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0004 : beza hukum adat dan akal

:salam

apakah perbezaan antara hukum adat dan hukum akal ? mohon penjelasan dari ahli panel beserta dgn contoh..
syukran...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-16-0004 : beza hukum adat dan akal

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã åáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

Sebelum dibezakan antara hukum akal dan hukum adat, perlu diketahui apakah makna hukum itu sendiri:

HUKUM: Menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara seperti: (Muhammad bangun), atau menafikan sesuatu perkara daripadanya, seperti: (Muhammad tidak bangun).

HUKUM AKAL: Apabila penetapan atau penafian itu diketahui dengan akal (logikal).
contoh: Ayah lebih dewasa daripada anak. 'Semua' lebih besar daripada 'sebahagian'

HUKUM ADAT: Apabila penetapan atau penafian itu diketahui dengan adat (kelaziman).
contoh: Api membakar. Makan makanan masam menyebabkan sakit perut.

rujukan:
Muzakkirah Syeikh Muhammad al-Amin Syanqiti m/s 27.