SJ-16-0023 : Nazar Tidak Mahu Buat Maksiat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0023 : Nazar Tidak Mahu Buat Maksiat

saya ada sedikit masalh,sebelum tu..sedikit pengenalan tentang diri saya..saya bumur 16 tahun..dan saya bsekolah di sbuah sekolah agama ..dan saya jugak mrupakan antara org besar dlm BADAN DAKWAH DAN ROHANI(BADAR) sekolah saya..masalah saya ialah saya mrupakan seorg yg amat2 gemar beronani..shinggakan kadang2 sya beronani 4,5 kali sehari..jd untuk mengelakkan sya melakukan tabiat buruk itu lg..sya telah bernazar untuk berpuasa sehari bagi setiap kali saya beronani.. namun sya msih juga beronani,ttapi sudah makin berkurangan..jd,soalan sya disini..adakah nazar saya itu sah disisi agama dan jatuhkah kewajipan keatas saya untuk melaksanakan nazar tersebut..kerana sya ada mendengar bahawa kita hanya boleh bernazar untuk perkara baik2 sahaja seperti mendapat kejayaan,lulus dalam peperiksaan..etc..sbaliknya saya bernazar untuk berpuasa apabila sya beronani..jd,sah @ x nazar sya itu dan prlukah saya mlaksanakan nzar saya itu?harap dapat jwapan scepat yg mgkin..wallahualam..

SJ-16-0023 : Nazar Tidak Mahu Buat Maksiat

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Kes yang saudara ajukan, sebenarnya di sisi para sahabat dan majoriti ulama termasuk dalam permasalahan sumpah. Iaitu bersumpah tidak mahu melakukan perbuatan tersebut dengan cara bernazar.

Kerana tujuan saudara menyebut nazar ini ialah tidak mahu terjerumus ke dalam maksiat tersebut. Lalu saudara bersumpah dengan cara bernazar.

Ketahuilah, perkara-perkara maksiat adalah haram dilakukan samada seseorang bersumpah ataupun tidak. Kerana ia sudah sedia haram walaupun sebelum bersumpah. Tetapi selepas bersumpah, ia akan menjadi lebih kuat keharamannya. Kerana ia haram dengan asal syarak, dan dengan sumpah.

Maka, jika saudara melakukan perbuatan tersebut, hukumnya berdosa, dan dikenakan kaffarah sumpah.

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 8/24