SJ-1640: Kedudukan wanita dalam solat berjamaah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1640: Kedudukan wanita dalam solat berjamaah

Assalamualaikum,

Ana ada satu soalan, di sebelah mana kedudukan seorang wanita apabila solat berjemaah bersama dengan suaminya dan minta pihak ustaz nyatakan dalil-dalilnya.

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1640: Kedudukan wanita dalam solat berjamaah

Jawab:

Tidak ada dalil khusus. Ini kerana para sahabat dan salaf sentiasa solat berjama'ah di mesjid. Namun kedudukan wanita walaupun seorang menurut jumhur hendaklah dibelakang lelaki berdasarkan dalil-dalil berikut:
HR Ibn Abi Syaibah (alMusannaf 1/430) dari Anas ra, bahawa ketika Anas solat bersama RasuluLlah saw dan seorang keluarganya (wanita), baginda meletakkan Anas di sisinya dan wanita itu di belakangnya." Juga terdapat hadis Ibn Abbas dalam matan yg sama, kecuali wanita itu dinamakan sebagai Aisyah ra.
alSarakhsyi, alMabsut, 1/43)