SJ-1677: Bab hudud : Judi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1677: Bab hudud : Judi

Soalan saya berkenaan hudud
1. Kenapakah enam perkara asas dalam hudud itu tidak termasuk judi.
2. Apakah hukuman bagi mereka yg terlibat dengan judi

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1677: Bab hudud : Judi

Jawab:
1. Sebab enam kesalahan jenayah tersebut thabit bentuk hukuman hadnya melalui nas, sedangkan kesalahan-kesalahan yg selain itu dimasukkan ke dalam kesalahan Takzir (yg tertakluk kepada keperluan semasa dan fiqh alwaqe' (realiti). Hukum Takzir bermaksud: Hukuman yg tidak ditentukan kadarnya oleh syara' atas setiap maksiat yg tidak dihukum dgn hukum had atau kiffarah (Ibn alHummam, Fathul Qadir, 5/345)
2. Bentuk hukuman ditentukan oleh enakmen dan budibicara Hakim. Allahu a'alam. Wsm