assalammualaikum.
sebuah madrasah di satu kawasan Utara telah menghadiahkan cenderahati berbentuk artikel yang menyebut kelebihan nama-nama 7 wali (Ashabul Kahfi) antara lain kelebihannya sekiranya dihafal, ditulis dan dibuat azimat, ialah terpelihara daripada kebakaran, terpelihara daripada sawan tangis anak kecil dan beberapa lagi kelebihannya. Soalannya adakah kelebihan ini ada nas atau sandarannya.
wasallam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1701: Kelebihan Wali 7
Primary tabs
Tue, 30/07/2002 - 7:45pm
#1
SJ-1701: Kelebihan Wali 7
Jawab:
Musnahkan article itu kerana itulah tawassul (perantaraan) yg dicela dalam syara': bertawassul dengan orang yg sudah mati beribu-ribu tahun yg lalu. Kelebihan dan keutamaan asyhabul Kahfi tidak lebih atau kurang dengan sahabat-sahabat besar yg lain spt Umar alKhattab, Abu Bakar, Ali dan Uthman (semuanya raa), maka kita juga tidak boleh menulis nama-nama sahabat besar/khulafa' arrasyidin ini sebagai tangkal dan azimat. Ini adalah ajaran yg salah dan bertentangan dengan aqidah ASWJ. ASWJ menetapkan para wali tidak boleh dikuduskan (disucikan) ke tahap yg boleh sampai ke tahap syirik. (Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam; Dr Qardhawi, Bid'ah wa Sunnah; Syaikh Abu Bakar Jabir aljazairy, Min sunanil Huda) Allahu a'alam