SJ-1724: (Mufti Brunei) Wiladah @ Nifas

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1724: (Mufti Brunei) Wiladah @ Nifas

Assalamualaikum Tuan Panel.

Tempoh hari lalu, ahli panel sudah menjelaskan mengenai mandi wiladah dan nifas. Yang memusykilkan saya ialah fatwa dari Kerajaan Brunei yang mengatakan seseorang yang baru melahirkan anak WAJIB MANDI WILADAH DAN NIFAS SERENTAK... untuk kepastian saya turunkan petikan fatwa tersebut.. mungkin saya tersilap faham.......

"Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam."

Sumber- http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ip_menu1.htm

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1724: (Mufti Brunei) Wiladah @ Nifas

Jawab:

Memang mengelirukan. Saya juga memiliki kitab Fatwa itu Irsyad Hukum 2000, dua jilid. Begitu juga koleksi untuk tahun2 berikutnya. Kalau kita bandingkan dengan Fatwa Indonesia (juga madzhab Syafi'iy) dalam kitab Taudhihul Adillah Jld 3 ms 115. Kiyai Hj Syafi'iy Hadzami, menjelaskan dengan terang dan nyata perbedzaan wiladah dan nifas. Menurut fatwa Indonesia: wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin. Tidak ada wanita yg mandi wiladah dan mandi kerana nifas serentak!
Kalau kita buka kitab tarjih, misalnya kitab Ibn Qudamah (alMughny, 1/210) menjelaskan tidak ada mandi wiladah ini. Tidak ada nas pun yg menyebutnya. Prof Atiyah Khamis, Fiqh al mar'ah, menjelaskan mandi nifas itu jika ada darah saja, jika tidak ada darah hilanglah illat (sebab) mandi.
Ini dinamakan variasi dalam pendapat fiqih dan kita bebas berpegang padanya. Kita dapati fatwa Brunei tidak ada dalil yg mendokong keujudan dan definasi wiladah, sedangkan syara' hanya mengenali nifas sahaja. Pendapat Brunei yg menyatakan wanita bersalin kena mandi dua kali (wiladah dan nifas) dan ia diperintah syara' adalah suatu pendapat yg ganjil. Allahu a'alam