Ramadhan: Apakah Muntah Membatalkan Puasa?

Primary tabs

Panel Feqh al-ahkam.net ditanya tentang masalah seseorang yang muntah ketika berpuasa, apakah ia membatalkan puasanya. Hj Kamin menjawab:

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :
Barangsiapa yang tidak sengaja muntah tiadalah qadha baginya, dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia qadha'" [Hadith Riwayat Abu Daud #2380, Tirmudzi #720].


Imam Ahmad rh menginkari hadith ini dengan alasan bahawa hadith ini tidak terpelihara (ghair mahduz). Imam Bukhari rh mengatakan dia tidak melihat hadith ini kuat dan riwayat2 yang lain juga sanadnya tidak sahih.

Imam Bukhari rh adalah meriwayatkan secara mu'alaq dari Ibn Abbas ra dan Ikrimah ra bahawa :-
"Puasa itu berkenaan dengan apa yang masuk, dan bukan apa yang keluar"

Ibn Baththal memaparkan dari Ibn Abbas ra dan Ibn Mas'ud ra bahawa tidak batal puasa jika muntah secara sengaja atau tidak sengaja. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa pandangan yang mengatakan muntah membatalkan puasa tidak sesuai dengan pengertian puasa itu sendiri.

Demikan adalah ringkasan dari buku Fiqh al-Shiyam karangan Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi ha., ms 90-92.

Link asal boleh dibaca di sini: http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=33823