SJ-1757: Keputihan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1757: Keputihan

Adakah keputihan itu satu penyakit dan sahkah jika dibawa solat...? dan apa bezanya air mazi & air mani...???

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1757: Keputihan [U]

[U] = Ulangan

Kita sudah menjelaskan fiqh menyebut tiga jenis discharge (cecair) dari kemaluan perempuan: haidh, nifas dan istihadhah. Haidh adalah darah pusingan telor dan mukosa bagi rahim perempuan dan datang dalam period yg tetap. Nifas adalah darah akibat bersalin dan yg lain semuanya diklasifikasi sebagai istihadzah yg dikaitkan dengan infeksi rahim dan faraj. termasuklah keputihan. Ia tidak sah dibawa solat tapi discharge (cecair itu) terlebih dahulu perlu dibersihkan dan juga kemaluan serta tidak wajib mandi janabah. Haidh dan nifas pula memerlukan perempuan itu menunggu hingga kering, mandi dan barulah boleh melakukan solat dll.

2. Madzi vs mani
madzi adalah air ghairah bila aktiviti foreplay (muqaddimah seks) atau khayal
Mani ialah air klimaks atau kemuncak seks yg diikuti dengan pancaran deras mani dan tubuh merasai nikmat dan gegaran.
(Dr Zaydan, Mufassyal) Allahu a'alam