SJ-1765: Yeast

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1765: Yeast

A'kum,

Saya ingin bertanyakan tentang yeast (yis). Yeast digunakan di dalam berbagai pemprosesan makanan. Antaranya ialah roti, minuman beralkohol (eg. beer, wine, etc.) dll. Apa yang saya faham tentang yeast ini ialah terdapat beberapa jenis. Ada yang dipanggil Baker's yeast (untuk membuat roti) dan dariapada website dibawah, ia adalah halal. Manakala yeast seperti Brewer's yeast adalah tidak halal.

http://www.muslimconsumergroup.com/ingredients/desc.htm

Dari apa yang saya belajar, yeast digunakan untuk mendapatkan proses fermentation dan hasil proses ini ialah karbon dioksida dan juga alkohol. Dalam pembuatan roti, karbon dioksida adalah penaik roti, manakala alkohol akan hilang (evaporate) semasa pembakaran roti. Soalan saya, bagaimanakah penggunaan yeast untuk roti boleh dikatakan halal sedangkan alkohol terhasil semasa pembuatannya?

Re: SJ-1765: Yeast


Jawab:
Kita sudah menjelaskan dua tiga kali sebelum ini (sila browse archive di bawah tajuk tapai)

Rumusan dan ulangannya:
1. Kita bersetuju bahawa yeast/ragi memang ada banyak species (jenis) bergantung kepada jenis industri spt roti, brewery, tapai, tuak, sake, dsbnya.

2. Walaupun proses pembikinan roti dan tapai juga menggunakan ragi/yeast sebagaimana dalam industri arak, tapi niat/motif@objektif industri roti dan tapai bukanlah menghasilkan end-product (hasil penyudah) yg beralkohol atau untuk menghasilkan produk yg memabukkan. Industri arak atau beer sejak hari pertama ditubuhkan di bawah lesen alcoholic beverages (minuman beralkohol), memang objektif oenubuhannya untuk menghasilkan produk yg memabukkan) maka ia haram dalam semua aspek. Manakala industri makanan yg diklasifikasi sebagai makanan harian konsumer pt roti, maka yeast yg digunakan dalam industri bakery (roti) dan tapai adalah halal walaupun ada alkohol dalam siri proses pengeluarannya kerana alkohol bukanlah tujuan akhir industri ini., berbedza pula dengan industri tapai bagi kaum dayak di Sarawak dan orang Jepun. Tapai itu bukan end-product tapi end-productnya ialah khamar atau arak iaitu air tapai dan sake (Jepun), sedangkan ia menggunakan yeast yg sama. Itulah ulangan huraian kita di masa-masa yg lepas mengenai halal/haram industri itu ditentukan pada niat atau objektifnya bukan pada inputnya yakni yeast. Allahu a'alam