SJ-1777: [U] SJ-1772 Bah.2-Batal Wuduk lagi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1777: [U] SJ-1772 Bah.2-Batal Wuduk lagi

Minta maaf Ustaz. Cuma hendak penerangan lanjut mengenai SJ-1772: [U] Fiqh_Syafi'iy bab Batal Wuduk.

Bagaimana dgn pandangan jumhur mengenai hadith ini? Bagaimana dengan pendapat yg menyatakan sentuhan itu kiasan dari jima'? Adakah ianya shahih? Bolehkah saya berpegang dgn pendapat ini yg menyatakan tidak perlu wudhu' jika sentuh tanpa rasa syahwat?

Jazakallah.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1777: [U] SJ-1772 Bah.2-Batal Wuduk lagi

Jawab:
SJ-1772 adalah soalan specifik di mana ia bertanyakan khusus mengenai pendapat Syafi'iy. Apa yg anda soalkan ini adalah dinamakan fiqh Tarjeeh (meneliti semua pendapat Imam dan pendapat manakah yg paling rajih (terkuat) dari yg kuat.
Kita sudah merumuskan beberapa kali sebelum ini, namun untuk kepuasan pelanggan ahkam, kita rumuskan sekali lagi.
Pendapat 1: Hanbali, Maliki, Tsauri, Ishaq, dll
Sentuhan membatalkan wudhu' jika ia disertai rasa syahwat (bahasa Kelantan `ra') dan tidak berlapik.
Pendapat 2: Syafi'iy, Laits, Auza'iy dan Atha' dan sebahagian Hanbali yg mengikut fatwa Umar ra, Ibn Umar ra, dan Ibn Mas'ud ra.
Sentuhan membatalkan wudhu' secara mutlak walaupun tanpa syahwat, sengaja atau tidak sengaja.
Pendapat 3: Zahiri
Sentuhan membatalkan wudhu' walaupun dengan muhrim KECUALI jika tidak sengaja
Pendapat 4: Hanafi, Syi'ah Imamiah, Thaus, Hasan Basri dan sebahagian Hanbaliah yg menerima fatwa Ali bin Abi Talib, Ibn Abbas dan Aisyah (semuanya raa). Sentuhan tidak membatalkan secara mutlak (walaupun disertai syahwat)

Maka pada SJ-1772 kita menjelaskan alasan Pendapat ke 2, tapi pada SJ-1777 kita menjelaskan pula pendapat terpilih.

Metode Tahqeeq atau tarjeeh :
Jumhur ahli tarjeeh (penilai) berpendapat pendapat yg pertengahan antara dua pendapat yg ekstrim ialah pendapat pertama: sentuhan yg membatalkan wudhu' ialah jika sentuhan itu disertai rasa syahwat.
Dalil pendapat pertama paling kuat:
dua hadis :
HR Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Aisyah dan HR Muslim dan anNasa'iy juga dari Aisyah ra.
Inilah pendapat Imam Syawkani (Nailool Awthor), Ibn Qudamah (alMughny 1/190), kitab Aun alma'bud 1/69 dan kitab Fiqh Sunnah. Kitab Fatwa misalnya Fatawa Mu'asirat lil Qardhawi dan Yas-aluunak oleh Dr Syurbasyi. Allahu a'alam