SJ-1785: Ahli Kitab Bah 3

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1785: Ahli Kitab Bah 3

Assalamualaikum,

Unjuran daripada jawapan mengenai kedudukan ahli Kitab, soalan seterusnya adalah apa hukumnya keatas mereka dan bagaimanakah kronologi peristiwa dan nas dalam Al-Quran dan Hadith menghendaki Nasrani dan Yahudi mengikut seruan Muhamad SAW kepada Jalan Yang Lurus seterusnya mendukung Islam dan meninggalkan ajaran Kitab Injil and Taurat.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1785: Ahli Kitab Bah 3

Jawab:

Dasar Islam terhadap non-muslim hatta Ahkil Kitab sekalipun ialah "La IkrahafiDdin" (Tiada paksaan dalam beragama)

Jika ahlil Kitab menetap dalam negara Islam: mereka adalah Zimmiyyin, di mana hak dan kebebasan beragama mereka dijamin sepenuhnya. Jika mereka bukan warganegara, mereka boleh menjalin hubungan baik dengan negara Islam termasuk menjalin kerjasama perniagaan dan pelaburan.

Jika mereka memusuhi kita, maka mereka diklasifikasi sebagai Harbiyin dan kita berhak mempertahankan diri kita bila diserang.
Panggilan ahlil kitab dan keharusan memakan sembelihan dan menikahi wanita mereka yg suci menunjukkan toleransi Islam yg amat tinggi (yg tidak dijumpai dalam mana-mana agama dan bangsa lain di dunia ini baik sebelum atau sekarang) dan harapan Islam yg tinggi supaya mereka menerima Islam.

Jika mereka enggan, maka dasar Tiada Paksaan dalam Beragama itu sentiasa terpakai. Inilah dasar yg diamalkan oleh Nabi saw, khulafa' arRasyidin dan kerajaan2 Islam di masa lampau. Bacaan lanjut: Fatawa Mu'asirat Jld 8 (Pustaka Salam), Ahkam azZimmiyyin oleh Dr Zaydan; Rights of Non-Muslim in Islamic State oleh Imam alMawdoodi.