SJ-1790: Solat Jama'ah: Imam batal

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1790: Solat Jama'ah: Imam batal

Assalamualaikum WarahMatulLah

Apakah sah sembahyang makmum jika Imam melakukan apa2 perbuatan yang tidak sah sembahyangnya (tanpa pengetahuan makmum)? Satu contoh yang dapat saya lihat ialah - waktu bacaan sir, katakanlah imam itu salah bacaan fatihahnya. Bagaimanakah jika jadi demikian ?
Apakah contoh2 lain yang seumpanya ?
JazakalLah

Re: SJ-1790: Solat Jama'ah: Imam batal

Jawab:
HR alBukhari (sahih Bukhari, cetakan Istanbul 2/ 187)," Jika Imam betul, pahala solat itu bagi kamu dan dia (Imam), sebaliknya jika dia (Imam) tidak betul, maka solat itu bagi kamu dan tidak (sah) bagi dia (Imam)."
Maka jika Imam salah bacaan semasa sir, atau berhadas, tidak menjadikan solat anda batal. Solat anda tetap sah. Dengan syarat anda tidak tahu hingga tamat solat. Inilah juga pendapat jumhur (kecuali Hanafi) alMughny fi Syarh alKabeer, 2/55. Allahu a'alam