SJ-1813: Solat pakai seluar pendek - atau just kena lutut

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1813: Solat pakai seluar pendek - atau just kena lutut

Assalamua'alaikum wbt,
Saya lihat kat US ni, ada beberapa orang dewasa & kanak-kanak (baligh kot) Arab yg solat pakai seluar pendek atau pun seluar yg hanya sampai ke-takat lutut shj. Kalau rukuk & apalagi sujud boleh nampak pahanya.
Adakah hal ini diharuskan dalam mana-mana mazhab? Maliki umpamanya? Jazakallah.
Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1813: Solat pakai seluar pendek - atau just kena lutu

Jawab:
Benar, mereka sudah tentu dari madzhab Maliki dan Ibn Hazm azZahiri. Pendapat ini adalah juga berasal dari Khalifah Abu Bakr assiddiq ra yg berpendapat paha lelaki itu bukan aurat. Tapi muslim yg bersonaliti dan sopan sudah tentu akan berpakaian yg sebaiknya untuk mengadap Rabbul Jalil. Kita boleh terima jika dia berseluar pendek semasa riadhah, tapi tidak dapat diterima jika dia berseluar pendek untuk solatnya.
Wbmnp solatnya adalah sah. WaLlahu a'alam