SJ-1814: Lagi tentang Aurat dan muhrim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1814: Lagi tentang Aurat dan muhrim

Assalamu'alaikum Ustaz:

Ustaz telah menerangkan slm S/J sebelum ini berkenaan dengan Aurat wanita tua yg telah putus haid. Dalam beberapa jawapan yg diberikan, ustaz hanya menyentuh tentang keharusannya melepaskan pakaian (pakaian luar atau jilbab) berdasarkan dalil Surah An-Nur ayat 60. Soalan saya :

1) Bagaimana pula jika kita yg masih muda ini bersalam dengan mereka (kerana org Melayu ni adatnya nak tunjukkan rasa hormat dia salam la, lepas tu cium tangan). Adakah ianya juga diharuskan?

2) Bagaimana jika bersalam dgn nenek saudara (jika saya sebagai cucu lelaki salam) atau datuk saudara saya (jika isteri saya salam).

3) Pakcik saya bersaudara dgn ibu saya. Bolehkah saya bersalam dengan isterinya menjadi Makcik saya dengan sebab berkahwin dengan Pakcik saya?

4) Bolehkah saya bersalam dengan Makcik iseri saya yg mana ibunya bersaudara dgn suami Makcik nya tadi. Maksudnya pangkat Makcik itu diperoleh dgn sebab berkahwin dgn Pakcik isteri saya?

5) Bagaimanakah cara terbaik untuk iseri saya menggunting rambut? Agak sukar nak cari kedai gunting rambut perempuan di KL ni. Kalau adapun kepunyaan non-muslim. Kalau ikut pendapat Imam Syafi'e, tidak dibolehkan membukan aurat kpd non-muslim. Lagipun saloon non-muslim ni bercampur laki2 dgn p'puan. Kadang2 saya sendiri yg gunting, tapi kadang2 senget2 rambut isteri saya dibuatnya (tak pandai).

Jazakallah!

Re: SJ-1814: Lagi tentang Aurat dan muhrim


Jwb:
1. Jabat salam dengan perempuan dan mencium tangan ini bukanlah adab Islam dan ia bukan sunnah. AlQardhawi (Fatawa Mu'asirat) menyarankan kita melakukan mengikut uruf (adat) dan keperluan dan kita tidak berlebihan melakukan sesuatu yg tidak disyari'atkan. Islam membahaskan bersalaman dengan perempuan ini khusus melibatkan wanita muda, atau cantik dan disertakan perasaan ghairah/syahwah. Jika wanita itu sudah tua (aman dari fitnah dan syahwat) dan putus haidh, maka sudah tentu boleh bersalaman (Qardhawi, ibid). Adapun amalan mencium tangan ini sebaiknya dielakkan. Tidak kita temui sebarang amalan salaf mengenai mencium tangan.
2. Harus bersalaman dengan datuk/nenek saudara
3. Harus bersalaman jika tidak disertai syahwat
4. Spt di atas
5. Harus isteri kita menggunting rambutnya di saloon bukan unisex (untuk perempuan sahaja), sebaiknya disaloon muslimah dan boleh juga di saloon perempuan bukan Islam jika ia dikenalpasti didatangi oleh perempuan sahaja dan saloon itu aman dari fitnah. (Qardhawi, fatawa mu'asirat.)
WaLlahu a'alam