SJ - 1815 : BOLEHKAH BUANG AIR KETIKA AZAN DAN ADABNYA ?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1815 : BOLEHKAH BUANG AIR KETIKA AZAN DAN ADABNYA ?

Assalamu'alaikum,
1.Saya ingin mendapat penjelasan daripada ahli panel tentang adab kita ketika azan.Bolehkah membuang air kecil ataupun air besar ketika azan berkumandang diudara?Adakah terdapat dalil serta nas yang melarangnya?
2.Saya juga ingin meminta pendapat ahli panel tentang hal ini:-Kita digalakkan membaca doa ketika hendak memasuki tandas.Soalan saya ialah,adakah kita perlu melafazkan doa tersebut dgn lidah ataupun membaca doa tersebut didalam hati sahaja ketika berada DIDALAM TANDAS?Setahu saya tidak boleh melafazkan dgn lidah ayat Quran ataupun doa ketika berada dlm tandas.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 1815 : BOLEHKAH BUANG AIR KETIKA AZAN DAN ADABNYA ?

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

1- Membuang air ( kencing & berak ) merupakan salah-satu keperluan hidup manusia. Kadang-kala perkara tersebut boleh ditunda dan kadang-kala seseorang manusia itu tidak dapat menundanya dan sangat berharap untuk “ melepaskan hajat itu “ di saat yang terdesak itu juga !.

Allah Ta’ala sebagai Tuhan yang telah menurunkan Islam sebagai satu cara kehidupan yang paling selamat untuk makhluk-Nya sudah pasti tidak akan mengazab mana-mana makhluk-Nya yang berada di dalam keadaan terpaksa ( dharurat ) , sebagaimana seseorang yang sudah tidak dapat lagi menahan keinginannya untuk membuang air , samada ketika azan berkumandang ataupun tidak.

Bahkan di dalam beberapa hadis yang sahih sendiri ada menyatakan bahawa jika seseorang itu di datangi saat untuk membuang air ketika dia sedang bersembahyang, maka hendaklah dia berhenti dan “ menunaikan hajatnya “ itu terlebih dahulu, kerana dengan cara itu sembahyangnya akan lebih terpelihara daripada sebarang gangguan.

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa tidaklah munasabah Allah Ta’ala mengazab mana-mana manusia yang masuk ke dalam tandas untuk melepaskan hajatnya itu kerana terdesak di saat azan berkumandang , maka begitulah juga, tiada dalil daripada mana-mana keterangan agama yang menunjukkan bahawa seseorang itu akan diazab andainya dia memasuki tandas di saat azan berkumandang walaupun dia tidaklah di dalam keadaan terdesak.

Kami sendiri telah cuba mencari beberapa hadis yang ada ( kalau-kalau ianya ada ) menunjukkan akan murka Allah Ta’ala terhadap orang yang berbuat demikian, hatta di dalam kitab-kitab hadis yang dha’ief ( lemah ) , ataupun maudhu’ ( palsu ) seperti “ Al-Maudhu’at “ ( oleh Al-Imam Ibnul Jauzi rh ) dan “ Silsilah Al-Ahadist Ad-Dha’iefah Wal Maudhu’ah “ oleh Syeikh Nasiruddin Al-Albani, namun TIDAK KAMI TEMUI sebarang keterangan terhadap kepercayaan itu.

Ya ! mungkin ada segelintir masyarakat kita yang mempercayai sedemikan rupa, tapi alangkah baiknya andainya kepercayaan seperti itu jelas terbukti bersumber daripada sumber-sumber yang benar.

Andainya saudara menemui mana-mana dalil yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala akan mengazab mereka yang berada di dalam tandas di saat azan berkumandang, silalah bawakannya kepada kami , samada ditunjukkan matannya ( teks hadis ) ataupun sanadnya ( para periwayatnya ), dan kami akan cuba memeriksa dalil tersebut dan akan mengumumkan keputusannya kepada seluruh muslimin yang mengunjungi web aL-aHkam ini.

KESIMPULANNYA : Tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala akan mengazab seseorang yang berada di dalam bilik air ketika azan dikumandangkan, samada dia terdesak ataupun tidak. Tapi bagi seseorang yang tidak terdesak berbuat demikian, sangatlah baik andainya dia menjawab seruan azan hingga selesai azan dikumandangkan dan kemudiannya dia pun masuk ke dalam tandas untuk menunaikan hajatnya . Dan ini di antara beberapa adab seseorang hamba itu dengan Allah Ta’ala dan agama-Nya.

*****************************

2 – Doa sebelum masuk tandas dan sesudah keluar tandas adalah merupakan amalan yang ternyata sahih datangnya daripada Rasulullah s.a.w ( diriwayatkan oleh Imam Hadis yang Tujuh daripada Saidina Anas Bin Malik r.a ). Doa tersebut dibaca ( di mulut ) SEBELUM dan SESUDAH keluar daripada tandas, dan BUKANNYA dibaca ketika di dalam tandas !.

Kalau seseorang itu terlupa untuk membacanya, lalu dia keluar semula untuk membacanya kerana baru teringat , maka ini juga dibolehkan bahkan menurut pandangan kami ianya juga mendapat pahala kerana dia keluar kerana terlupa untuk membaca doa dan dia ingin membaca doa tersebut kerana mencontohi perbuatan Baginda s.a.w yang membaca doa sebelum masuk ke dalam tandas.

Andainya dia telah lama berada di dalam tandas dan baru teringat bahawa dia masih belum membaca doa tersebut sebelum memasuki tandas, maka boleh dia membaca di dalam hatinya, bukan di mulutnya , kerana haram di dalam tandas di baca apa-apa sahaja ayat-ayat suci termasuk doa tersebut.

Begitulah juga, doa SETELAH KELUAR TANDAS , di baca sesudah keluar, bukannya sebelum keluar ( ketika masih berada di dalam tandas ) !.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

3 / Rajab / 1423 H
11 / September / 2002 M

Rabu – Bandaraya Kaherah