SJ-1838: Mohon Huraian 1: Hadis

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1838: Mohon Huraian 1: Hadis

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
"Diangkat kalam dari umatku(yakni tidak dikira) kekhilafan, kerana terlupa dan yang dipaksakan ke atasnya".

1.Apakah contoh2 bagi tiap satu.
2.Apakah terlupa sesudah solat teringat pakaian terkena najis (yang mana wajib sembahyang semula) boleh dikaitkan dengan hadis diatas ? (Bagaimana dengan was2 kebersihan kain tersebut ?)

Ada pendapat yg menyatakan jika was2 kain itu bersih atau tidak pakailah untuk sekali solat sahaja selepas itu hendaklah tukar.
- Adakah sokongan hadis ?
Jazakallah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Mohon Huraian 1: Hadis

Jawab:
Penjelasan sekitar hadis: hadis itu yg sebenarnya begini terjemah matannya," Allah sesungguhnya mengecualikan dari ummatku kesalahan, kelupaan dan apa yg dipaksakan atasnya." (HR Ibn Majah dari Ibn Abbas ra; status hadis : Hasan menurut Imam Syuyuti. Imam alManawi berpendapat hadis jalil (mulia dan jelas maknanya), manakala Imam Zayla'iy berpendapat isnadnya Dha'eef.)
Jika yg anda maksudkan dgn diangkat kalam, ia adalah hadis at Termidzi, Sunan, 2/438," Diangkat kalam dari tiga golongan: orang tidur hingga dia jaga, kanak2 sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia berakal."

1. Contoh bagi setiapnya:
a. HR Ibn Majah
Hadis ini adalah dalil sokongan tentang ujudnya keadaan2 tertentu yg mengecualikan seseorang dari kemestian-kemestian hukum: keadaan tertentu itu ialah: kesalahan (yg tidak disengajakan), lupa dan dipaksa.
Contoh kesalahan: anda menentukan kiblat dengan menggunakan kompas yg sudah lama. setelah sekian lama solat, ada si fulan membetulkan kedudukan sebenar kiblat dengan sebuah kompas yg baru. Kesalahan dahulu itu dima'afkan dan solat adalah sah.
Contoh lupa: Pada permulaan puasa Ramadhan, anda telah meminum air kerana lupa, maka puasa tidak batal.
Contoh dipaksa: Orang kafir telah menangkap anda dan memaksa anda memijak alQur'an jika tidak anda dibunuh, maka jika anda memijak alQur'an dengan hati yg masih beriman, maka anda tidak berdosa.
Hadis Termidzi yg menyebut diangkat kalam dari tiga itu bermaksud taklif ibadah mahdah contohnya Solat diangkat taklif (kewajipannya) dari orang yg tertidur, belum baligh atau hilang akal.

2. Bila selesai solat, baru teringat bahawa kain yg digunakan itu bernajis. Ini khilaf fiqhi. Madzhab Malik berpendapat ia menepati hadis Ibn Majah di atas dan ayat 5 surah alAhzab, "dan tidaklah kamu berdosa atas hal-hal yg tidak disengajakan". Namun mengikut jumhur ia tidak termasuk kes tidak sengaja, sebab menjadi tanggungjawab anda memastikan pakaian bersih sebelum memulakan solat. Pengarang kitab Fiqh Sunnah berpihak kpd pendapat Malikiah.
3. Jika was-was mengenai kebersihan kain. Hendaklah memilih kain itu kotor. (Ibn Nujaim, asybah wan nazair)
4. Jika kain itu bersih kemudian datang was-was, maka kain itu bersih (yakin tidak boleh dibatalkan oleh syak)
WaLlahu a'alam