SJ-1847: Yaqazah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1847: Yaqazah

Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli Panel,

Apa pandangan Islam terhadap konsep Yaqazah yang dipegang oleh pengikut tarikat-ada yang mendakwa ulama terkenal seperti As-Sayuti menyokong pegangan ini? Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1847: Yaqazah


Jawab:
Yaqadzah ini maksudnya jaga, yakni lawan pada 'tidur'. Maksudnya menurut ilmu tariqat ialah si fulan yg menemui orang yg sudah mati secara jaga.
Maksud asSyuyuti menyokong ini bukan makna menyokong ajaran tariqat itu, tapi menyokong kemungkinan seseorang boleh menemui Nabi saw dalam keadaan yaqadzah (jaga) bukan mimpi tapi bukannya menerima aurad atau ajaran tambahan dalam agama. Tariqat selalunya mendakwa Mursyidnya menemui Nabi dalam keadaan jaga dan menerima aurad (kumpulan wirid2) yg baru. Ada tariqat yg mencipta majlis Yaqadzah, di mana syaikh mereka yg sudah mati akan menjelma secara real untuk membersihkan dosa2 pengikutnya. Yaqadzah yg dianuti oleh ajaran tariqat begini adalah sesat.
Adapun mengikut Syuyuti dan sebahagian ulama' usyul membenarkan pertemuan dgn Nabi saw secara jaga tapi tidak boleh dihebohkan kepada orang lain dan tiada sebarang ajaran baru yg disampaikan melalui -pertemuan itu. Ia sebagai karamat dan ketinggian derjat seseorang di sisi Allah. Ia disimpan untuk dirinya sendiri sahaja bukan untuk diheboh2kan. (Syarah Usyul Asyrin pada membicarakan Usyul ke 3.) WaLlahu a'alam