SJ - 1861 : HAFALAN AL-QURAN , ERTI DHARURAT & ERTI MEST

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1861 : HAFALAN AL-QURAN , ERTI DHARURAT & ERTI MEST

Assalamualikum Wmt Wkt, para panel yg dihormati.

1. Apakah dalil yang mewajibkan kita wajib menjaga hafalan Qur`an jika kita sudah menghafalnya.

2.Apakah definisi darurah dan perkara-perkara yang sedia maklum dalam agama.

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1861 : HAFALAN AL-QURAN , ERTI DHARURAT & ERTI

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

***********************

KEWAJIPAN MENJAGA AL-QURAN : HAFALANNYA , PENGAJIANNYA & AMALANNYA :

Sebagaimana Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan agar setiap umat Islam mempelajari Al-Quran , maka Baginda s.a.w juga telah meminta agar kita menjaganya. Dan tidak syak lagi, menghafal Al-Quran adalah termasuk di dalam pengertian menjaga Al-Quran itu sendiri.

Begitulah juga, sebagaimana orang yang menjaga Al-Quran akan mendapat pahala dan keberkatan yang begitu besar, maka tidak syak lagi, orang yang sengaja melalaikannya sehingga terlupa juga sudah tentu akan mendapat azab yang besar.

Dalil-Dalinya sebagai mana berikut :

(1) ~ Hadis Baginda Rasulullah (s.a.w) :

Úóäú ÃóÈöí ãõæÓóì Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÊóÚóÇåóÏõæÇ ÇáúÞõÑúÂäó ÝóæóÇáøóÐöí äóÝúÓöí ÈöíóÏöåö áóåõæó ÃóÔóÏøõ ÊóÝóÕøöíðÇ ãöäó ÇáúÅöÈöáö Ýöí ÚõÞõáöåóÇ

Ertinya : Daripada Abu Musa, daripada Nabi s.a.w , sabdanya : “ Jagalah Al-Quran ! , demi Tuhan yang diriku berada di dalam kekuasaannya , sesungguhnya Al-Quran itu lebih cepat lari meninggalkan kita daripada seekor unta yang terlepas daripada tali penambatnya “ ( Hadis diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya , Kitab Fadhoil Quran :: 4645 . Diriwayatkan juga yang seumpamanya oleh Imam Muslim, Imam At-Tirmidzie & Imam Ahmad ( rahimahumulLah )

( 2) ~ Hadis Baginda Rasulullah s.a.w ( s.a.w ) lagi :

Úóäú ÓóÚúÏö Èúäö ÚõÈóÇÏóÉó Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ãóÇ ãöäú ÑóÌõáò íóÊóÚóáøóãõ ÇáúÞõÑúÂäó Ëõãøó íóäúÓóÇåõ ÅöáøóÇ áóÞöíó Çááøóåó íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö æóåõæó ÃóÌúÐóãõ

Ertinya : Daripada Sa’ad Bin ‘Ubadah : Sesungguhnya RasululLah s.a.w pernah bersabda : Tiada seorang pun daripada orang yang mempelajari Al-Quran , kemudian dia lupa akan hafalannya itu melainkan akan menemui Allah kelak pada hari akhirat di dalam keadaan “ cacat anggotanya “ ~ Diriwayatkan di dalam Sunan Ad-Darimi, Hadis : 3206 , Kitab : Fadhoil Quran

MAKSUD : “ cacat anggotanya “ ialah ( satu simbolik bagi mereka yang kurangnya amalan dan dalam masa yang sama, menanggung pula dosa ) – seperti pepatah Melayu : “ Sudah jatuh ditimpa tangga “- Sudahlah cacat, ditambah pula dengan bebanan lain pula iaitu dosa !.

(3) – Pandangan Salafus Solihin mengenai hal ini :

Imam Ibnu Katsir (rh ) menyatakan bahawa sebahagian para ahli tafsir menyifatkan bahawa orang-orang yang tidak mahu membaca Al-Quran , ataupun sengaja melekakan kewajipannya terhadap Al-Quran sehingga dia terlupa terhadap ayat-ayat Al-Quran , samada lupa kesemuanya ataupun sebahagiannya adalah tergolong di kalangan mereka yang disebutkan di dalam Surah Toha, ayat 124 - 127 :

(( æóãóäú ÃóÚúÑóÖó Úóä ÐößúÑöí ÝóÅöäøó áóåõ ãóÚöíÔóÉð ÖóäßðÇ æóäóÍúÔõÑõåõ íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö ÃóÚúãóì ))

Ertinya : “ Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta ".

(( ÞóÇáó ÑóÈøö áöãó ÍóÔóÑúÊóäöí ÃóÚúãóì æóÞóÏú ßõäÊõ ÈóÕöíÑðÇ ))

Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"

(( ÞóÇáó ßóÐóáößó ÃóÊóÊúßó ÂíóÇÊõäóÇ ÝóäóÓöíÊóåóÇ æóßóÐóáößó Çáúíóæúãó ÊõäÓóì ))

Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan".

(( æóßóÐóáößó äóÌúÒöí ãóäú ÃóÓúÑóÝó æóáóãú íõÄúãöä ÈöÂíóÇÊö ÑóÈøöåö æóáóÚóÐóÇÈõ ÇáúÂÎöÑóÉö ÃóÔóÏøõ æóÃóÈúÞóì ))

Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

SUMBER RUJUKAN : ENKSIKLOPEDIA HADIS ( Terbitan Sakhr ) & AL-MADKHAL LI DIRASATIL QURAN AL-KARIM ( Almarhum Prof. Dr. Muhammad Bin Muhd Abu Shuhbah – ms 361-363 , Maktabah As-Sunnah Kaherah )

***********************

DEFINASI “ AD-DHARURAH “ ( ÇáÖÑæÑÉ ) :

Untuk membincangkan permasalahan “ Ad-Dharurah “ ini secara detail lagi terperinci sudah tentu tidak memadai di ruang maya yang terhad ini , kerana ianya memerlukan satu buku dan kajian yang khusus yang membincangkan perkara tersebut secara menyeluruh , sebagai contohnya buku yang ditulis oleh ‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily yang bertajuk : “ Nazoriyah Ad-Dharurah Asy-Syar’ieyah “ .

Namun begitu, buat pengetahuan saudara, masalah Ad-Dharurah ini telah pun kami bahaskan di dalam SJ - 1805 : TERBABIT DENGAN ARAK DI DALAM PERKERJAAN , dan di situ kami telah menjelaskan dengan detail mengenai permasalahan yang berkaitan dengan “ Adh-Dharurah “ ( Darurat ) dan “ Al-Hajah “ ( Keperluan ).

Ringkasnya “ Adh-Dharurah “ ialah : ( Ia adalah sesuatu yang mesti ada demi memastikan kemaslahatan ~ keamanan dan keselamatan ~ pada agama dan pada kehidupan di dunia ini. Yang mana, andainya tidak ada perkara tersebut, maka segala urusan hidup ini tidak dapat berjalan dengan teratur, bahkan akan menjadi rosak, kelam-kabut dan kacau-bilau ).

Contohnya : Orang Islam di dalam situasi yang genting, tidak mendapati apa-apa makanan yang halal demi menampung kehidupannya, dibenarkan tatkala itu memakan makanan yang haram SEKADAR meneruskan penghidupannya.

Kesimpulannya : Dharurat ialah satu perkara yang mesti ada untuk menjalani kehidupan , manakala keadaan Dharurat pula bererti di dalam keadaan yang sangat terpaksa.

***********************

PENGERTIAN “ ÇáãÚáæã ãä ÇáÏíä ÈÇáÖÑæÑÉ “ AL-MA’ALUM MINADDIN BID DHORURAH :

Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawie telah menjelaskan perkara maksudnya dengan katanya :

ÇáãÚáæã ãä ÇáÏíä ÈÇáÖÑæÑÉ åäÇß ÃÔíÇÁ ÃØáÞ ÚáíåÇ ÚáãÇÁ ÃãÊäÇ ÇáßÈÇÑ ÇÓã " ÇáãÚáæã ãä ÇáÏíä ÈÇáÖÑæÑÉ æíÞÕÏæä ÈåÇ ÇáÃãæÑ ÇáÊí íÓÊæí Ýí ÇáÚáã ÈåÇ ÇáÎÇÕ æÇáÚÇã¡ æáÇ ÊÍÊÇÌ Åáì äÙÑ æÇÓÊÏáÇá ÚáíåÇ¡ áÔíæÚ ÇáãÚÑÝÉ ÈåÇ Èíä ÃÌíÇá ÇáÃãÉ æËÈæÊåÇ ÈÇáÊæÇÊÑ æÇáíÞíä ÇáÊÇÑíÎí

Ertinya : “ Al-Ma’alum Minad Din Bid Dhorurah “ ( Perkara-Perkara Di Dalam Urusan Agama Yang Mesti Diketahui ) , terdapat berbagai perkara yang dinamakan sebagai “ Al-Ma’alum Minad Din Bid Dhorurah “ oleh para ulama’ kita yang terbilang . Dan yang dimaksudkan dengannya ialah : PERKARA-PERKARA YANG IANYA WAJIB DIKETAHUI OLEH SESIAPA SAHAJA , SAMADA OLEH MASYARAKAT YANG KHAS , ATAUPUN MASYARAKAT AWAM . Dan perkara itu adalah perkara yang tidak lagi memerlukan kajian dan perbahasan mengenainya disebabkan ianya sudah diketahui secara umum – sudah terkenal – di kalangan berbagai generasi umat ini dan perkara itu juga telah menjadi ketetapan ( kewajipan ) secara tawatur dan diyakini pula menurut sejarahnya.

SUMBER : Web Islam Online http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1566

PENJELASANNYA :

“ MASYARAKAT YANG KHAS “ : Golongan yang mempelajari agama Islam secara formal dan para ulama’.

“ MASYARAKAT AWAM “ : Golongan yang tidak mempelajari Islam secara formal.

“ TAWATUR “ : Iaitu secara pasti dengan cara ianya diriwayatkan oleh segolongan manusia yang ramai , yang mustahil semua manusia itu berpakat untuk meriwayatkan sesebuah berita itu secara tidak benar ( menipu ). Seperti berita mengenai kewujudan sebuah negara yang bernama Malaysia di zaman moden ini – ini adalah contoh berita yang tawatur ( mutawatir ).

“ AL-MA’ALUM MINAD DIN BID DHORURAH “ : Kewajipan mengetahuinya dinamakan sebagai FARDHU ‘AIN.

***********************

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

20 / Rajab / 1423 H
28 / September / 2002 M

SABTU – Bandaraya Kaherah