SJ - 1868 : HUKUM " GAMES " BERUNSUR AQIDAH KUFFAR & PER

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1868 : HUKUM " GAMES " BERUNSUR AQIDAH KUFFAR & PER

Assalamualaikum,
Jazakallah di atas penerangan panel al-ahkam sebelum ini.Moga jadi panduan utk pembelian selepas ini....

Saya telah memulangkan CD tersebut semalam,dan tukar lain. Bagaimana dgn soalan sy sebelum ini,berkenaan pembinaan negara---->saya kena membina kuil.
Rujuk permainan 'civilization',di mana,sebagai pemimpin,saya kena memastikan rakyat saya mendapat hak asasi,jadi di dalam game ini,wujud,temple,cathedral, [masjid saya tak pasti]
Melihat dari satu sudut,saya dapati ini permainan yang mengajar bagaimana mentadbir negara dan rakyat majmuk...
[Di dalam game ini,tiada ritual kpd saya setakat ini....]

dan juga tambahan,merujuk kpd perang kepada negara Muslim, adakah HARAM qat'ie?
adakah menjejaskan aqidah?
Saya melihat dari sudut bahawa saya bermain utk melihat perspektif bagaimana Barat mempropaganda dakyah mereka,sehingga game pun menjadi wadah......

[Insya Allah,setakat ni saya bermain kerana riadah dan ilmu,esp tentang strategi]

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1868 : HUKUM " GAMES " BERUNSUR AQIDAH KUFFAR &

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Kami sekali lagi berterima-kasih dan mengucapkan syabas kepada saudara di atas keprihatinan saudara mengemukakan soalan di atas. Tidak dinafikan lagi, “ games “ dan hiburan merupakan halwa jiwa dan penawar kebosanan dan sememangnya kedua-duanya adalah keperluan fitrah manusia, samada bagi jasmani mahupun rohani mereka.

MENGENAI GAMES YANG DISEBUT OLEH SAUDARA :

Merujuk kepada NIAT yang saudara nyatakan itu iaitu strategi dan pembinaan kota – seperti games “ Age Of Empires “ contohnya – semuanya itu HARUS selagi ianya mematuhi batas-batas syarak mengenai permainan dan hiburan yang telah pun kami jelaskan di dalam SJ - 1867 yang lalu.

Lagipun di dalam games strategi seperti itu , sekadar yang kami ketahui ianya tidak melibatkan sebarang penghinaan kepada Islam mahupun umatnya , tidak pula melibatkan pemainnya perlu menggadai aqidah Islam mereka, maka tidaklah dapat untuk dikatakan games seperti itu dilarang di dalam Islam.

Apatalah lagi , ianya adalah permainan yang mana kalau saudara mesti membina keperluan masyarakat berbilang kaum seperti kuil-kuil , tokong-tokong, biara-biara dan gereja-gereja sekalipun, tidaklah itu BERERTI SAUDARA BETUL-BETUL membina rumah-rumah ibadat non-muslim ( di alam yang nyata ini pula ).

Samalah seperti andainya di dalam games itu , saudara membina sebuah masjid – tidaklah juga saudara dikira telah berpahala kerana membina sebuah rumah Allah Ta’ala dan tidak pula saudara dianggap sebagai seorang mujahid ! Kerana apa ? Kerana ia adalah GAMES SEMATA-MATA , bukannya kehidupan yang realiti.

Lainlah pula halnya andainya syarikat SEGA – sekadar contoh – memaksa setiap pemain supaya mengikrarkan ikrar yang boleh menyebabkan dia jatuh ke dalam jurang kekufuran , contohnya : Perlu berikrar sebelum meng “ install “ sesuatu games itu, pemainnya mestilah sanggup murtad dan kalau menang mestilah ke gereja – maka sudah tentu perkara seperti ini perlu dipandang serius kerana masalah – masalah yang boleh menggugurkan keimanan dan keislaman seseorang itu adalah perkara yang BETUL-BETUL , bukannya MAIN-MAIN !!!.

Namun andainya saudara masih sangsi lagi dan saudara mahu menjadi manusia yang bertaqwa ( yang darjatnya lebih tinggi daripada darjat manusia yang beriman ) , maka saudara tidak perlu lagi teragak-agak meninggalkan perkara itu , kerana di antara sifat manusia yang menjaga maruah dan taqwanya ialah TIDAK MELAKUKAN SEBAHAGIAN PERKARA-PERKARA YANG HARUS . Dan , orang-orang yang bertaqwa juga tidak suka dengan sebarang perkara yang seolah-seolah ianya boleh lebih mempromosikan satu fahaman yang sesat – walaupun secara tidak langsung – seperti permainan yang mempunyai unsur-unsur membina rumah-rumah ibdat kaum bukan Islam ataupun games menentang hantu-puaka yang bersalut dengan 1001 takhyul dan khurafat.

‘Ala kulli hal ( walau bagaimana sekalipun ) , NIAT perlu dijaga dan kewajipan-kewajipan agama dan duniawi yang lebih perlu diutamakan , perlulah didahulukan. Tidaklah masuk akal andainya seseorang itu menghabiskan banyak masanya dengan bermain “ games “ seperti itu dengan berdalilkan ( berdalihkan ? ) strategi TETAPI dia mengabaikan pula STRAEGI dan PRAKTIKAL nya di dalam kehidupan yang waqi’ie ( realiti ) ini !!! , kerana games itu adalah “ main-main “ dan kehidupan ini pula “ adalah betul-betul “ !!!.

Setiap sudut kehidupan , jasmani dan rohaninya adalah bahagiannya dan haknya yang tertentu , maka berilah kepada setiap yang berhak itu akan haknya secara seimbang !.

************************************

[b] MASALAH : GAMES YANG BERUNSUR MEMERANGI SESEBUAH NEGARA UMAT ISLAM

Oleh kerana saudara sendiri mengakui bahawa “ games ‘ juga adalah salah-satu wadah propaganda musuh-musuh Islam , maka apakah perlunya saudara membelinya ?. Apakah sudah tiada lagi games strategi yang lain, yang tidak menampilkan unsur-unsur permusuhan terhadap umat Islam.

Sesebuah syarikat perniagaan – contoh seperti syarikat games itu – sudah tentu tidak “ SAJA-SAJA “ mencipta program games seperti itu melainkan ada strategi mereka , seperti menanam bibit-bibit permusuhan kepada umat Islam dan merendah-rendahkan umat Islam !.

Apakah kita redha menjadi “ tali – penyambung “ propaganda musuh-musuh kita !?.

Adapun masalah MENOLONG KUFFAR ( NON- MUSLIMS ) MEMERANGI SESEBUAH NEGARA UMAT ISLAM @ UMAT ISLAM ITU SENDIRI – maka perkara ini dijelaskan oleh Al’-Allamah Said Hawa di dalam kitabnya terkenal “ AL-ISLAM “ . Menurut beliau di antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu gugurnya dua kalimah syahadahnya ( gelarannya sebagai seorang Islam ) , ialah :

- ( Perkara ke-12 ) : Melantik orang-orang kafir dan munafiq sebagai pimpinan-pimpinan mereka dan juga membenci sesama umat Islam dan orang-orang yang beriman.

- ( Perkara ke-18 ) : Mengkafirkan mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah – tanpa sebarang sebab yang dibenarkan syarak ( tambahan daripada saya ) – dan juga tidak mahu mengkafirkan mereka yang telah jelas mengengkari tuntutan dua kalimah syahadah itu , dan pula menghalalkan memerangi umat Islam. Kaedah-Kaedah agama kita ada menyebut : “ Barangsiapa yang mengkafirkan sesama Islam , maka kafirlah dia. Dan barangsiapa yang tidak mengkafirkan orang-orang yang ternyata kekafirannya, maka dia juga turut menjadi kafir. Dan sesiapa sahaja yang ragu-ragu terhadap kekafiran seseorang kafir itu, maka dia juga turut menjadi kafir “ ~ Wa Na’uzubilLahi Min Dzalik !. [/]

Marilah kita fikirkan , andainya sesebuah syarikat permainan elektronik itu sanggup menjadikan watak-watak umat Islam dan negara-negara umat Islam sebagai bahan mainan dan bahan ejek-ejekan mereka, sehingga ditampilkan watak-watak umat Islam yang dihina sehina-hinanya , APAKAH TIDAK MUNGKIN DI ALAM REALITI , syarikat seperti itu membantu kaum kuffar , khasnya Zionis Yahudi Israel dan USA ( LaknatulLahi ‘Alaihim Ajma’ien ) untuk BENAR-BENAR beraksi membunuh umat Islam seperti di Bosnia , Checnya, Palestin dan selainnya ?.

Kami fikir banyak lagi permainan elektronik dan games lain yang tidak menampilkan watak-watak dan adegan-adegan seperti itu, yang boleh juga merehatkan minda dan menghiburkan para pemainnya sesuai dengan fitrah dan ajaran Islam itu sendiri !.

Dan kami juga percaya , umat Islam juga perlu sedar daripada “ tidur yang panjang “ untuk sama-sama mengatur strategi menyaingi dan menentang setiap pihak yang cuba menentang agama Islam ini , dan umat Islam juga perlu sedar dan “ bingkas bangun “ dengan mencari satu alternatif permainan , latihan dan hiburan yang benar-benar boleh mempersiapkan diri-diri mereka sebagai para pejuang yang dituntut oleh agama kita.

Mempelajari Seni Silat & Seni Bela Diri ( Marial Arts ) , belajar memanah , belajar menunggang kuda ( bukan sukan kuda untuk perjudian ), berenang , menyertai pasukan keselamatan ( menjadi anggota sukarelawan pertahanan negara – contohnya ) dan seumpamanya adalah LEBIH REALITI & LEBIH MEMBERIKAN ILMU DAN STRATEGI berbanding dengan sekadar bermainan permainan elektronik dan games itu !!!.

Saya pasti semua yang disebut itu adalah merupakan satu tuntutan sesebuah negara yang berdaulat dan apatalh lagi ianya juga adalah tuntutan Islam yang mahukan para penganutnya menjadi kuat jasmani mereka dan rohani mereka . [/]

Alternatifnya sudah ada di depan mata , dan pendayung juga sudah ada di tangan-tangan kita, apa lagi ditunggu !!??.

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 – Fatwa Syeikh Yusuf Al-Qaradhawie dan Syeikh Atiah Saqr daripada Islam Online :
http://www.islam-online.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=72734
http://www.islam-online.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=8762

2- LIHAT JUGA HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM OLEH SYEIKH AL-QARADHAWI.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

23 / Rajab / 1423 H
1 / OKtober / 2002 M

Selasa – Bandaraya Kaherah