Maulana Muhammad Asri: Pembacaan Penuh Terjemahan Matan Sahih Muslim Bab Puasa

Lengkap! Bacaan Terjemahan Sahih Muslim Maulana Asri: Puasa & I'tikaf

Pembacaan penuh terjemahan Bab Puasa dan I'tikaf dari Sahih Muslim oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff. Berdurasi hampir 4 jam! Mengandungi 45 bab dan hampir 300 buah hadis. Ia disunting dari 15 kuliah bermula dari tarikh 21/05/2003 hingga 01/10/2003. Untuk mengikuti syarah penuhnya sila ke sini: [LINK]

Dengan mendengarnya dari mula hingga selesai, anda akan mendengar sekali lalu seluruh bab-bab berkaitan puasa dan i'tikaf dari Sahih Muslim. Anda telah mengimbasnya sepintas lalu. Nanti, bila anda terbaca atau terdengar hadis-hadis mengenai puasa, anda dapat mengetahui bahawa ia ada di dalam Sahih Muslim. Atau ia tidak ada dalam bab Puasa Sahih Muslim.

Insyaallah, akan menyusul suntingan audio pembacaan bab Puasa dari Sahih al-Bukhari. Insyaallah..

Pembacaan terjemahan matan ini disediakan dalam format mp3 [DOWNLOAD di sini] dan video youtube.

 


 Berikut ini tajuk-tajuk yang dibacakan di sertakan bersamanya ia ada pada minit ke berapa:

  1. [Minit: 00:00:00] 1. Bab: Kelebihan Bulan Ramadhan
  2. [Minit: 00:01:39 2. Bab: Kewajipan puasa ramadhan kerena melihat hilal dan berbuka kerana melihat hilal dan bahawa apabila terlindung pada awalnya atau akhirnya, sempurnakanlah bilangan sebulan tiga puluh hari.
  3. [Minit: 00:12:36] 3. Bab: Jangan kamu mendahului ramadhan dengan berpuasa sehari dan tidak juga dua hari
  4. [Minit: 00:13:05] 4. Bab: Sebulan itu adalah dua puluh sembilan hari
  5. [Minit: 00:17:12] 5. Bab: Menyatakan bahawa setiap negeri ada rukyahnya sendiri dan bahawa apabila mereka melihat hilal di negerinya, hukumnya tidak sabit untuk tempat yang jauh dari situ
  6. [Minit: 00:19:49] 6. Bab: Menyatakan tidak dikira besar atau kecil hilal yang kelihatan. Dan bahawa allah taala memanjangkan masa rukyah. Jika terlindung maka hendaklah sempurnakan tiga puluh hari
  7. [Minit: 00:22:11] 7. Bab: Menyatakan makna sabda nabi s.a.w.: dua bulan hari raya tidak kurang
  8. [Minit: 00:22:51] 8. Bab: Menyatakan bahawa masuk ke dalam puasa berlaku dengan terbitnya fajar dan bahawa seseorang boleh makan dan selainnya sehingga terbit fajar. Dan menyatakan sifat fajar serta hukum-hakam yang berkaitan dengannya, iaitu masuk ke dalam puasa, masuk waktu solat subuh dan selainnya
  9. [Minit: 00:34:21] 9. Bab: Kelebihan bersahur dan penegasan galakan melakukannya serta galakan melewatkannya dan menyegerakan berbuka
  10. [Minit: 00:38:15] 10. Bab: Menyatakan jika datang malam dan matahari telah hilang maka berbukalah
  11. [Minit: 00:41:52] 11. Bab: Larangan dari menyambung puasa (wishal)
  12. [Minit: 00:50:03] 12. Bab: Menyatakan mencium pada bulan puasa tidak diharamkan kepada orang yang ciumannya tidak membangkitkan nafsunya
  13. [Minit: 00:56:13] 13. Bab: Sah puasa orang yang fajar terbit dalam keadaan dia sedang berjunub
  14. [Minit: 01:04:49] 14. Bab: Pengharaman yang keras berjmak pada siang bulan Ramadhan kepada orang yang berpuasa dan wajib kaffarah yang berat kerana perbuatan itu dan Menyatakan kaffarah itu wajib ke atas orang yang senang dan orang yang susah. Dan kaffarah itu ditanggung oleh orang yang susah sehingga dia mampu
  15. [Minit: 01:12:47] 15. Bab; Harus berpuasa dan berbuka pada bulan Ramadhan bagi musafir yang bukan maksiat apabila musafirnya itu dua marhalah ataupun lebih. Afdhal bagi yang mampu tanpa memudaratkannya agar berpuasa. Dan bagi orang yang menyukarkannya agar dia berbuka.
  16. [Minit: 01:25:25] 16. Bab: Pahala bagi orang yang berbuka ketika bermusafir jika dia menjalankan tugasnya
  17. [Minit: 01:30:26] 17. Bab: Pilihan antara berpuasa atau berbuka ketika bermusafir
  18. [Minit: 01:35:52] 18. Bab: Elok berbuka untuk orang yang mengerjakan Haji di Arafah pada hari Arafah
  19. [Minit: 01:39:57] 19. Bab: Puasa hari Asyura`
  20. [Minit: 01:57:09] 20. Bab: Hari keberapa puasa Asyura` dilakukan?
  21. [Minit: 01:59:25] 21. Bab: Orang yang makan pada 'Asyura, maka hendaklah dia menahan diri (dari makan) untuk sepanjang hari
  22. [Minit: 02:02:55] 22. Bab: Haram berpuasa pada hariraya Idul Fitri dan Idul Adha
  23. [Minit: 02:06:41] 23. Bab: Haram berpuasa pada hari-hari tasyriq
  24. [Minit: 02:08:19] 24. Bab: Larangan daripada menunggalkan hari Jumaat untuk berpuasa
  25. [Minit: 02:10:49] 25. Bab: Mansuhnya firman Allah: Dan kepada orang yang mampu mengerjakannya (berpuasa) boleh dia membayar fidyah..” dengan firman Allah "Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu"
  26. [Minit: 02:13:06] 26. Bab: Mengqadha puasa ramadan di bulan sya'ban
  27. [Minit: 02:16:27] 27. Bab: Mengqadha puasa bagi pihak orang yang telah meninggal dunia
  28. [Minit: 02:22:56] 28. Bab: Anjuran orang yang berpuasa bila dijemput makan atau dia dimaki, maka hendaklah dikatanya: Sesungguhnya aku berpuasa
  29. [Minit: 02:24:19] 29. Bab: Menjaga lisan bagi yang berpuasa
  30. [Minit: 02:25:15] 30. Bab: Keutamaan puasa
  31. [Minit: 02:31:11] 31. Bab: Kelebihan berpuasa di jalan Allah bagi orang yang mampu tanpa memudaratkan dan tanpa mengabaikan mana-mana hak
  32. [Minit: 02:32:19] 32. Bab: Bolehnya berpuasa sunat dengan niat pada waktu siang sebelum gelincir matahari dan bolehnya berbuka bagi orang yang berpuasa sunat bukan kerana keuzuran
  33. [Minit: 02:35:08] 33. Bab: Orang yang makan, minum dan jimak kerana terlupa tidak membatalkan puasa
  34. [Minit: 02:35:44] 34. Bab: Puasa Nabi s.a.w. pada bukan bulan Ramadhan dan galakan bagi seseorang tidak mengosongkan pada mana-mana bulan dari berpuasa
  35. [Minit: 02:44:21] 35. Bab: Larangan dari berpuasa sepanjang tahun bagi orang yang mendapat mudarat dengannya atau menyebabkan mengabaikan hak orang lain atau orang yang tidak berbuka pada dua hariraya dan hari-hari tasyriq dan menyatakan kelebihan berpuasa sehari dan berbuka sehari
  36. [Minit: 03:06:40] 36. Bab: Anjuran berpuasa tiga hari dalam setiap bulan dan berpuasa pada hari Arafah, hari Asyura’, hari Isnin dan hari Khamis
  37. [Minit: 03:13:55] 37. Bab: Berpuasa pada akhir-akhir bulan sya'ban
  38. [Minit: 03:17:38] 38. Bab: Kelebihan berpuasa bulan muharram
  39. [Minit: 03:20:00] 39. Bab: Sunahnya berpuasa enam hari dari  bulan syawwal sebagai penyusulan puasa bulan Ramadhan
  40. [Minit: 03:22:15] 40. Bab: Kelebihan malam lailatul qadar dan galakan mencarinya dan menyatakan tempatnya dan waktu yang diharapkan mendapatkannya
  41. Kitab: I’tikaf
  42. [Minit: 03:43:20] 1. Bab: Iktikaf sepuluh hari di bulan ramadan
  43. [Minit: 03:44:41] 2. Bab: Bab: Bila orang yang akan iktikaf masuk masjid
  44. [Minit: 03:46:25] 3. Bab: Sungguh-sungguh di sepuluh akhir bulan ramadan Puasa sepuluh hari di bulan dzul hijjah
  45. [Minit: 03:47:23] 4. Bab: Berpuasa pada sepuluh Zulhijjah

 

Kategori Berita: